Salam, untuk makluman semua Novel terbaru Ramlee Awang Murshid - TopicsExpress



          

Salam, untuk makluman semua Novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul Sunan-Nanggroe Sang Kembara BELUM berada di pasaran lagi. Pre-Order di Karangkraf Mall. ---------------------------------- Namun seperti diumumkan oleh pihak Grup Buku Karangkraf/ Alaf 21, pra-pesanan(pre-order) boleh mula ditempah melalui stor online mereka dengan diskaun 20% di link berikut: mall.karangkraf/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3703 Novel kali ini dicetak dalam edisi Hardcover-RM35.00 (Cetakan Terhad)& Softcover-RM23.00. Menurut laman web Karangkraf Mall, buku akan dipos selepas novel berada di pasaran dimana tarikh masih belum disahkan lagi. Kami Admin RAMFC menyarankan anda merebut peluang baik ini untuk menempah Novel Terhangat 2014 di laman E-Stor karangkraf terutamanya untuk mendapatkan edisi HardCover yang harus dimiliki! Pre-Order melalui RAMFC ----------------------------- Walaubagaimanapun, kepada yang yang masih berminat menempah novel ini melalui RAMFC. kami hanya menerima tempahan novel ini dalam Edisi SOFTCOVER SAHAJA! TIADA DISKAUN & CAJ POS AKAN DIKENAKAN. Jika masih berminat sila email nama, alamat, no telefon & kuantiti ke buku.ramfc@gmail dengan tajuk SUNAN PROLOG. Seperti tempahan sebelum ini, tandatangan penulis akan disertakan. Seperti kita semua ketahui penantian itu satu penyeksaan, namun sama-sama kita nantikan kemunculan NOVEL TERHANGAT 2014 ~ SUNAN - Nanggroe Sang Kembara di pasaran tidak lama lagi. Sekian, harap maklum. ~Lebih baik tersalah ampun Daripada tersalah hukum ~ ~Elle Syeila~
Posted on: Sun, 19 Jan 2014 06:42:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015