Salamullah alaikum keatas saudara kalian dan para mujahidin yang - TopicsExpress



          

Salamullah alaikum keatas saudara kalian dan para mujahidin yang fisabilillah yang mencintai kehidupan Akhirat lebih daripada kehidupan Dunia. Daku bermohon kehadrat Allah SWT Rabbulalamin agar rahmat keampunan dan lempahan petunjuk serta Ilmu mendahului kemurkaanNya keatas daku dan saudara yang pembaca yang dihormati sekalian. Sekali lagi diberikan ruang kesempatan bertemu...dengan rahmat dan izinNya. Kali ini saya merasa terpanggil mengupas tentang perkara yang sangat penting dalam hidup dan kehidupan kita iaitu NIAT. Sebelum mengupasnya secara mendalam makna, maksud dan mauduk NIAT, izinkanlah saya menceritakan tentang perkara yang menjadi kesilapan, kesalahan dan kebatalan tentang NIAT yang pernah saya alami, amalkan dan lakukan. Mungkin dengan menerangkannya kepada saudara, saudara dapat mengambil iktibar tentangnya. Tentang saudara juga pernah melakukan perkara yang sama atau yang serupa. Kesalahan pertama tentang NIAT adalah menyamakan NIAT dengan HENDAK, MAHU, INGIN, HASRAT, HAJAT dan CITA-CITA. Kesemua perkataan dalam Bahasa Melayu (BM) itu semakna sahaja dengan HENDAK. Dalam Bahasa Arab (BA) Hendak itu IRADAT. NIAT juga asalnya drp BA, tetapi kemudian telah diMelayukan dan diterima bahawa NIAT dalam BA itu dalam BM juga disebut NIAT. Jika benarlah NIAT itu semakna dengan IRADAT atau HENDAK, maka bolehlah disenaraikan bahawa Rukun Pertama Solat atau Puasa dsbnya itu HENDAK. Tetapi tidak boleh malahan tidak betul. NIAT dalam Rukun Solat atau Puasa itu tetap sebagai NIAT juga istilah yang diguna pakai atau diterima pakai dan tidak boleh disamakan dengan IRADAT atau KEHENDAK. Saya nyatakan demikian kerana ramai yang berfaham bahawa bila sudah ada HENDAK atau KEHENDAK atau IRADAT sudah cukup syarat menepati sahnya NIAT. Jadi tidak perlulah disebut NIAT itu panjang-panjang seperti yang pernah saya belajar dulu. Contohnya jika lidah menyebut dalam BA Sahaja aku mendirikan fardhu solat.....kerana Allah Taala, maka hati mengulangnya dalam BM dengan menterjemahkan BA tersebut. Itu cerita dulu lah. Persoalannya apakah kalau lidah boleh berBA, hati tidak boleh? Kedua kalau orang Arab sendiri bagaimana? Lidahnya sebut dalam BA maka diulang di hati pulak hal yang sama kan. Tetapi sebaliknya cukuplah dengan Tahu kehendak hati untuk mendirikan solat sudah memadai. Tidak perlu disebut dilafaz di lidah dan di ulang sekali lagi di hati. Saudara yang dikasihi sekalian, sebenarnya tidak benar dan tidak betul. Jika KEHENDAK atau HENDAK melakukan sesuatu AMAL itu sudah kira NIAT, mengapakah NIAT merupakan Rukun yang paling penting. Ibu atau Kepala bagi segala Amal. Malahan kupasa BAB NIAT sangat terperinci dari segi kupasan yang dimaksudkan qasad, taarad, tayin. Dalam Kitab Miftahul Jannah pula diperincikan jenis-jenis peringkat niat yang dibahagikan kepada EMPAT Mukaranah Basitah, Tuzuiyah, Urufiah dan Kamaliah. Ramai di kalangan orang Melayu kita sudah fed up tentang BAB NIAT ni. Malahan mereka berpendapat bahawa perkara NIAT ni adalah termasuk dalam perkara remeh temeh sahaja. Masalah furuk sahaja. Masalah furuk yang timbul akibat daripada perbedaan pendapat atau masalah khilaf sahaja di kalangan para ulamak. Tidak benar sama sekali NIAT dikategorikan sebagai masalah khilafiah. Masalah furuk. Masalah remeh temeh. NIAT sebagai ibu/kepala Amal merupakan masalah UTAMA. Masalah POKOK. Masalah yang wajib diberikan prioriti. Gagal NIAT batallah amal. Rugi dan sesialah hidup. Semua Amal tertolah dan batal jika NIAT tidak menepati kriteria dan keabsahan maksud dan mauduk sebenar NIAT. Insya Allah saya akan mengupas perkara ini di bahagian lain. Di sini cukuplah dulu sebagai mukadimah tentang persoalan dan permasalah NIAT. Kesilapan pertama menganggap NIAT disamakan dengan HENDAK. Allah SWT jua yang lebih mengetahui. Dialah yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dan Dialah yang Maha Rahman dan Maha Rahim. Dia jugalah yang mengurniakan Petunjuk, Ilmu dan Bimbingan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 12:33:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015