Sambungan bicara #r4peace: Hari Jumaat biasanya masjid tertentu - TopicsExpress



          

Sambungan bicara #r4peace: Hari Jumaat biasanya masjid tertentu akan menjadi pusat demonstrasi di seluruh Mesir. Walaupun sudah hampir 7,000 orang terbunuh akibat serangan dari tentera kudeta, puluhan ribu dipenjarakan, ribuan tercedera tapi demonstrasi tetap berlaku di mana saja. Di Syria, demonstrasi aman berlangsung selama 6 bulan sekalipun regim Basyar menembak dengan peluru hidup dan melakukan bermacam bentuk penindasan kepada yang ditangkap. Rakyat biasa yang sudah cukup bersabar akhirnya membuat keputusan lawan dengan bersenjata. Lalu regim zalim Basyar, syabbiha (gengster), Hizbullat, kelumpuk syiah Iran dan Iraq, menyerang secara besar-besaran sehingga ke tahap penggunaan senjata kimia. Puak regim dan kuncunya menghina rakyat Syria dgn berbagai panggilan. Inilah realiti yang sangat menyakitkan bagi rakyat yang mahu keluar dari kesengsaraan yang sangat panjang ini. Sekarang berlaku pula di Mesir. Rakyat yang sudah lega dengan pemimpin yang mereka pilih secara demokratik setelah kejatuhan diktator pada 25 Jan 2011. Pemimpin yang sah tidak disenangi oleh sebahagian kecil elit saki baki regim Mubarak menghasut golongan ini lalu runtuhlah demokrasi di Mesir diganti semula oleh tentera perampas kuasa. Ketika rakyat majoriti menolak Kudeta, puak saki baki regim menggunakan tentera melakukan berbagai bentuk kejahatan termasuk membunuh rakyat yang bangun menuntut hak mereka. Peristiwa 14 Ogos adalah kemuncaknya ketika tidak kurang dari 3000 terbunuh dan ramai lagi yang hilang kerana dibakar mayatnya. Peristiwa ini menjadi titik hitam sejarah Mesir. Kudeta terus cuba memadam jejak kebaikan seorang pemimpin yang dipilih rakyat dengan berbagai tuduhan seperti ada skrip baru dalam penceritaan. Tuduhan bertubi-tubi ini disiarkan dalam media mereka dan media kumpulan politik lain dipaksa tutup. Paksa rakyat makan hidangan yang jijik dari buah fikiran diktator, elit politik nasionalis sekular dan cendekiawan upahan. Sejauh mana rakyat boleh bersabar dengan gelagat gila ini? Saya terkejut juga pada hari Khamis 5 Sept, kedengaran bunyi ambulan dari berbagai arah menuju tempat letupan bom tidak jauh dari Bangunan KDN Mesir di jlan Mustafa Nuhas, Kaherah. Kudeta sejak kejadian lagi dari semalam hingga hari ini ulama dan cendekiawan upahan berkicau menuduh Ikhwan. Mereka terlupa dengan apa yang mereka lakukan kepada rakyat yang berdemo secara aman sepanjang bulan lalu. Berjuta yang demo itu bukan hanya dari Ikhwan atau salafi atau sufi atau azhari? Berjuta itu ada yang hilang ayah ibunya, adik beradiknya, anaknya dan mungkin kekasihnya dipaksa diam! Sangat tidak masuk akal jika mereka cuba memaksa sejumlah rakyat yang terlalu ramai tersebut. Komitmen Ikhwan tidak akan terlibat dengan selain jalan aman seperti kenyataan Mursyid Am Ikhwan, Dr. Badie, seharusnya dihormati oleh Kudeta kerana sejak penubuhannya tidak pernah berubah pendekatan kecuali dengan dakwah dan salam. Apapun strateginya bagi kudeta, samada bom mungkin salah satu dari cara untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh tokoh Ikhwan, merosakkan nama Ikhwan yang damai, memenjarakan tokohnya dan mengharamkan Ikhwan, risiko tetap ada. Kudeta sedang cuba melobi barat agar Ikhwan termasuk dalammsenarai teroris antarabangsa juga adalah kelihatannya Kudeta sudah semakin terdesak. Rakyat yang sebelum ini tidak kenal Ikhwan menjadi tertanya tanya lalu mencari siapa sebenarnya Ikhwan. Sepanjang kami mewawancara anak muda atau dewasa yang berada di Rabaah, 100% mereka amat teruja . Mereka sangat mengasihi Ikhwan dan anggotanya. Maka mari cita mencari jawapannya dengannhati yang terbuka!
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 12:40:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015