Satu cerita di awal petang ini....22/10/13 lebih kurang 5 tahun - TopicsExpress



          

Satu cerita di awal petang ini....22/10/13 lebih kurang 5 tahun lalu, semasa FA nak renovate rumah... FA bertemu dengan insan2 terbaik dalam pelajaran mereka.... pelajar terbaik utk bidang arkitek dan pelajar terbaik dlm bidang hias rumah. kedua2nya lelaki dan sebangsa dgn FA. kedua2nya dr Uitm. Gedebak-gedebuk...berurusan dengan mereka...macam2 berlaku. Akhirnya FA hanya berurusan dgn arkitek yg sudah jd kontraktor. Bukan perangai tak baik, dia ni bagus, sopan dan banyak idea. Tetapi kerana kita dah melabur banyak untuk harta kita, tentulah kita mahu yg terbaik untuk pandangan mata kita sekurang-kurangnya. hehe...sekali fikir, tentulah org kata FA cerewet, kan... byak kali fikir... cerewet pun cerewet la... Tp mestilah bising, kan kalau salah satu pintu rumah FA sampai sekarang boleh kunci dari dalam tapi tak boleh buka dari luar sbb kunci dah dihilangkan oleh kontraktor/arkitek tu. Hihihi....itu br satu masalah...lain2? tak perlu cerita la... Motif FA bercerita? Hehe...ia buat FA berfikir utk diri sendiri dan baru hari ini FA terfikir nak share dan kita boleh sama2 merenungnya... Diiktiraf Terbaik bukan bermakna kita benar-benar Terbaik. Pengalaman itu adalah guru yang lebih baik! Tak percaya? hehe... kemudian FA guna khidmat ID dr seorang amoi ni... bukan pelajar terbaik tetapi...jatuh bangun dia mencari pengalaman dan berurusan dgn pelbagai orang telah menjadikan dia punya syarikat sendiri dalam usia muda (awal 30-an) dan punya staf. Bagaimana sebelum ini dalam sehari dia bekerja sebagai lecturer sambilan, siang dia bekerja di sykt ID dan waktu tertentu, dia mengajar anak2 kecil melukis semata2 nak bayar hutang dan nak buka syarikat baru setelah sykt lamanya musnah gara2 tergesa2 berniaga dan kurang pengalaman. Maka, jatuh itu satu pengalaman. Dikritik juga satu pengalaman... Itulah permulaan untuk berjaya...
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 06:05:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015