Satu pendedahan yang mengejutkan telah dibawa kehadapan pihak kami - TopicsExpress



          

Satu pendedahan yang mengejutkan telah dibawa kehadapan pihak kami di mana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan produk Bugsy® yang palsu. Pihak ini telah mengimbas dan menggunakan label produk pihak kami ke atas makanan anjing dan kucing yang murah dan dipakej semula. Produk palsu yang dikeluarkan ini memudaratkan kesihatan Sugar Glider. Bekas dan label produk palsu ini meniru pakej original pihak kami. Namun sekiranya bekas dan label produk ini diperhatikan dengan teliti, ianya hasil imbasan dari mesin pengimbas. Setakat yang pihak kami tahu, produk ini dipasarkan hanya di sebuah premis namun hal ini masih di bawah siasatan samada terdapat premis lain yang memasarkan produk palsu ini. Premis perniagaan yang terlibat terletak di Pudu dan maklumat lanjut akan didedahkan kelak. Premis lain yang didapati mengedar dan menjual produk palsu ini akan turut didedahkan gambar dan lokasinya di halaman Facebook pihak kami untuk makluman dan perhatian anda. Pihak kami masih mencari penyelesaian terbaik dalam menangani isu pemalsuan produk Bugsy® ini dan pihak kami berharap agar terus mendapat sokongan pihak anda. Pihak kami juga berharap agar sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan hal ini boleh memaklumkan kepada pihak kami. Kami memohon maaf kerana tidak mempunyai cara penyelesaian terbaik untuk masalah ini namun pihak kami terpaksa mengeluarkan notis ini atas dasar tanggungjawab kepada pihak pengguna. Insiden ini amatlah mengejutkan pihak kami dan diharap agar jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai secepat mungkin. Untuk sementara waktu, anda dinasihatkan membeli produk Bugsy® dari premis yang tersenarai di bahagian Nota/Notes halaman Facebook kami. Senarai ini akan senantiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 05:50:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015