Satu projek mengumpul dana pembangunan Surau Al-Hijrah Fasa - TopicsExpress



          

Satu projek mengumpul dana pembangunan Surau Al-Hijrah Fasa ke-3 Berdakwah melalui penulisan: Kursus Fast Track Writing and Publishing di Surau Al Hijrah, Bandar Seri Putra. Adakah anda mempunyai bakat menulis tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengembangkan bakat anda? Adakah anda mencari-cari satu bidang dakwah yang boleh dilakukan melalui penulisan? Adakah anda berminat menjana pendapatan melalui bakat penulisan anda? Jika ia, marilah sertai kursus Fast Track to Writing and Publishing iaitu kursus penulisan buku-buku novel,dakwah, non fiction, dan sebagainya oleh penulis prolifik, Mejar (B) Qayyum A Badaruddin di Surau Al Hijrah, Bandar Seri Putra. Kursus Fast Track to Writing and Publishing ini akan diadakan pada hari Sabtu, 25/1/2015 pada jam 9pagi - 12 tgh hari. Yuran pendaftaran hanyalah RM20 seorang dan sebahagian dari yuran tersebut akan disumbangkan kepada dana infaq tabung Surau Al Hijrah, Bdr Seri Putra. Terbuka untuk dewasa lelaki atau wanita kariah untuk penduduk di Putra Mahkota. Ayuh, daftar segera kerana tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Yuran boleh dibayar pada nama sektariat di bawah. Sila isikan nama anda dan alamat rumah pada senarai di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. First register first serve Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor di bawah: 012 290 8960 - Yaakub 013 207 4540 - Khai
Posted on: Mon, 20 Jan 2014 00:54:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015