Satu tips untuk jurufoto perkahwinan... Facebook atau blog adalah - TopicsExpress



          

Satu tips untuk jurufoto perkahwinan... Facebook atau blog adalah medium pemasaran kita. Untuk memasarkan perkhidmatan kita, kita perlu post gambar gambar terbaik yang boleh memikat hati prospek untuk menatap gambar gambar kita yang lain. Dan oleh itu, elakkan dari post gambar gambar dengan posing yang kita tiru teman teman seperjuangan kita. Bukan tak boleh, cuma dalam pemasaran, kita harus unik dan lain dari yang lain. Sebab itu kita harus mempelajari asas fotografi. Sesetengah orang memang gifted dengan perkara visual... sesetengah orang tidak. Akan tetapi kita boleh mempelajari asas fotografi, malah boleh mempelajari dan menguasai teknik teknik penataan cahaya yang sangat penting, dan kemudian menjadi mahir dengan memperbanyakkan praktis. Bila kita sudah mahir, kita mudah menjadi kreatif kerana sudah tahu dan faham lebih banyak perkara.
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 05:27:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015