Saya agak terganggu dengan pandangan yang mengatakan lebih baik - TopicsExpress



          

Saya agak terganggu dengan pandangan yang mengatakan lebih baik penyokong Mursi tidak berhimpun di Dataran Rabiatul Adawiyah dll,biarkan Sisi-tentera Mesir memerintah dulu-Ikhwan/FJP/penyokong Mursi dll kena mengalah. Mereka berhimpun disana bukan suka suka bukan sekadar marah-ikut emosi,bukan hanya taksub kepada individu bernama Mursi,bukan sekadar mahu mengejar kuasa-jawatan-tampuk pentadbiran. Bagi mereka biar rakyat Mesir memilih pemimpin mereka sendiri melalui sistem demokrasi-pilihanraya yang adil,akur keputusan majoriti rakyat yang telah membuat keputusan-pilihan dalam pilihanraya yang lalu. Jika pemimpin tertinggi boleh ditukar-diguling-dibuang sewenang-wenangnya lebih baik tidak diadakan pilihanraya .Naik seorang tokoh baru,tak puas hati,terus kudeta tentera,terus culik,terus sembunyikan beliau,sistem karut apakah itu? Jika ayah anda-keluarga anda-saudara mara anda-sahabat anda-pemimpin anda diculik,apakah anda juga perlu mengalah kepada penculik? Untuk meredakan keadaan,sekurang-kurangnya pihak tentera Mesir perlu membebaskan Mursi dan para pemimpin yang diculik.Selagi tidak membebaskan orang yang diculik,jangan sesekali tunduk mengalah kepada para penculik. Geng Ikhwan Muslimin khususnya yang tua-tua bukan kebulur sangat dengan kuasa-jawatan,mereka pernah tidak berkuasa-tidak berjawatan tetapi gerak kerja kebajikan-kemanusiaan-khidmat masyarakat-rakyat tetap berjalan. Jika saudara-keluarga-sahabat anda dibunuh-ditembak apakah anda juga perlu mengalah kepada pembunuh-penembak tersebut?Apatah lagi membiarkan pembunuh-penembak saudara-keluarga-sahabat anda tersebut tinggal serumah dengan anda bahkan tidur sekatil dengan anda............. Menang Alhamdulillah Kalah bermaruah Hiduplah dengan maruah...........
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 18:01:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015