"Saya banyak ditanya berkenaan pelaburan futurebarrel, saya telah - TopicsExpress



          

"Saya banyak ditanya berkenaan pelaburan futurebarrel, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mereka memaklumkan syarikat ini tidak punyai premis fizikal di Malaysia serta tidak mempunyai lesen untuk menjalankan ‘future trading’ di dalam Malaysia. Buat masa ini pihak Suruhanjaya Sekuriti sedang menjalankan siasatan lanjut. Dari sudut hukum, penyertaan ke dalam sayrikat yang tidak jelas siapa bertanggungjawab ini adalah gharar besar. Terdapt juga kemungkinan duit yang diterima bukan digunakan membeli minyak tetapi ponzi skim. Lebih meragukan apabila pengempen memberitahu, jika untung, pelabur dapat, jika rugi, syarikat akan TANGGUNG manakala pelabur tetapi selamat. Ini bercanggah dengan fatwa Majlis Fiqh Sedunia. Juga terdapat keraguan, ia bukan sebuah pelaburan untuk ‘Trade Crude Oil Future’ sebagaimana didakwa tetapi ia adalah pinjaman dengan riba. Justeru, tangguhkan penyertaan kalian sehingga pihak Suruhanjaya Sekuriti memberikan keputusannya. Saya sekadar menasihati, jika enggan terima, terpulang kepada kalian." Pakar perbankan Islam (Dr Zaharuddin Abd Rahman)
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 04:47:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015