Saya berpendapat jika berlaku gabungan Parti Berjasa dengan - TopicsExpress



          

Saya berpendapat jika berlaku gabungan Parti Berjasa dengan PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) untuk membentuk satu parti politik yang baru, insyaAllah ia boleh menjadi jambatan antara warga UMNO dan warga PAS yang selama ini terpisah akibat dendam politik yang kronik. Saya yakin entiti politik baru ini akan tidak akan memusuhi kedua-dua UMNO & PAS secara hakikat, malah lebih kepada saling melengkapi dan mendesak agar UMNO terus berada di landasan pro Agenda Melayunya manakala PAS pula terus ditekan untuk istiqomah dengan prinsip perjuangan Islam yang sepatutnya. Saya lihat entiti politik baru dari BERJASA-PERKASA ini juga mampu menarik minat golongan Melayu-Islam atas pagar yang kononnya sudah meluat dengan politik UMNO & PAS. Kita kena terima hakikat bahawa majoriti Cina kafir sekarang cenderung ke arah DAP dan mereka tidak akan kembali kepada BN dalam masa terdekat kerana mereka tahu "kelemahan" Melayu-Islam yang berpunca dari perseteruan teruk antara UMNO & PAS yang tidak berkesudahan. Maka untuk mengelakkan parlimen kita didominasi oleh golongan kafir yang pada bila-bila masa sahaja boleh bersikap HARBI, maka adalah lebih baik wakil dari BERJASA-PERKASA ini bertanding di kawasan yang tidak diletakkan calon Melayu-Islam dari UMNO/PAS agar di parlimen nanti dapat didominasi oleh wakil-wakil rakyat Melayu-Islam. Ini adalah penting kerana PARLIMEN merupakan organisasi tertinggi pentadbiran sesebuah negara demokrasi di mana undang-undang serta polisi masa depan negara terbentuk.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 19:27:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015