Saya biasa masuk dan melihat penjara semasa melakukan kerja-kerja - TopicsExpress



          

Saya biasa masuk dan melihat penjara semasa melakukan kerja-kerja audit beberapa tahun lepas. Banyak kerenah dan ragam banduan yang kita dapat perhatikan dan mengambil iktibar. Ada yang rasa bersalah, penuh keinsafan dan ada gak yang tak sedar-sedar dan seronok jerr berada di dalam tu!. Semasa lalu dipintu-pintu mereka, mereka pandang kita macam tak pernah nampak perempuan bertahun-tahun... Betullah kot! (he3). Siapalah suka dipenjarakan... Sejuk, makan ala kadar... hari2 roti kering dan teh O tak manis, nasi lauk satu atau dua. Bila interview sorang dua, ada yang sengaja buat kesalahan supaya dapat makan free,,, Kat luar tu susah nak cari rezeki katanya! Ahh???
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 00:12:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015