Saya ingat orang Amerika dah cukup bodoh bila mereka bertanya - TopicsExpress



          

Saya ingat orang Amerika dah cukup bodoh bila mereka bertanya kenapa Washington tidak menghantar John Rambo , Steven Seagal dan Universal Soldiers untuk menyertai perang di Iraq tetapi rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang terlalu bodoh hingga bertanya kenapa kerajaan tak hantar jet pejuang, kereta kebal dan kapal selam kita ke Mesir? Kita kutuk tentera Mesir bertindak membabi buta tapi dalam masa yang sama kita mendesak kerajaan supaya menghantar tentera secara membabi buta. Sebenarnya semua negara termaktub dalam konvesyen Geneva dan bukannya boleh menghantar tentera sesuka hati. Lagi satu sebelum menulis tu fikirlah dahulu. Fikirkan jarak kita dengan Mesir. Kita tak punya mana-man abase terdekat dengan Mesir. Kita bukan seperti Amerika yang mempunyai base tentera di merata corok dunia. Fikirkan air, land dan sea border invasion. Fikirkan mengenai jarak Sukhoi kita yang hanya boleh bergerak dalam jarak 3500 kilometer manakala jarak Malaysia ke Mesir ialah hampir 6000 Kilometer. Fikirkan kita tidak mempunyai aircraft carrier... guna hak miranda sebelum hak bersuara. Oh ya kepada mereka yang bercita-cita nak jadi penyelamat dunia, dengar sini, Malaysia membeli kelengkapan tentera hanya untuk pertahanan negara. Kita tidak membeli kelengkapan tentera untuk menyerang negara lain. Kita tidak langsung mempunyai keupayaan untuk menyerang negara yang jauh seperti USA, Russia dan China. Kalau mahu menyerang negara lain sekalipun, mungkin jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Kalian jugak yang menyalak hutang negara hampir setengah trilion USD tapi kalian jugak yang nak Malaysia pergi berperang. Ingat minyak kereta kebal tu boleh isi dengan air liur ke? Sebenarnya siapa yang mahu membankruptkan negara? Ingat, guna hak berfikir sebelum hak bersuara. Terima kasih....!!!!
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 00:32:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015