Saya ingin mengetengahkan beberapa perkara-perkara serius - TopicsExpress



          

Saya ingin mengetengahkan beberapa perkara-perkara serius berkenaan dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), yang merupakan sebuah senjata yang mampu memulakan sebuah pencerobohan kewangan dan keruntuhan ekonomi di mana Dr Mahathir pun tidak akan mampu membina semula. Erti kata lain, TPPA merupakan sebuah proses liberalisasi ekonomi yang mengandungi dasar-dasar mengutamakan pelaburan dunia, dimana tangan-tangan yang berkuasa sebenarnya bukan dalam pengaruh kerajaan kita tetapi kuasa pelabur-pelabur asing. Artikel ini sebenarnya balasan kepada artikel berpaksikan pendapat yang dinukilkan oleh Paul A. Brown, Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi dalam Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia. Hakikatnya, ada pelbagai kepincangan TPPA yang mengundang tekanan dan bahaya. Tetapi sebelum itu, biar saya tunjuk kepada anda gambar daripada media Russia Today yang menunjukkan negara-negara yang sertai rundingan TPPA: Semasa Krisis Kewangan 1997, Malaysia dibawah pentadbiran Dr Mahathir telah menggunakan kaedah pemulihan yang luar biasa iaitu kawalan modal (capital controls), penambatan matawang (currency pegging), dan perbelanjaan yang banyak. Anda boleh dapat maklumat terperinci daripada artikel ini: https://facebook/notes/saya- sayang-tun-dr-mahathir-mohammad/ peranan-malaysia-dalam-pembentukan- ekonomi-dunia/485362471535568 Daripada sini, negara-negara yang mengalami Kemerosotan Ekonomi 2009 nampak kawalan modal sebagai satu harapan yang membenarkan ekonomi kembali ke jalan pemulihan, dan ini merupakan satu fakta yang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri bersetuju. Dan serigala-serigala IMF kemudiannya membina sebuah senjata kewangan yang menakutkan, iaitu Trans- Pacific Partnership Agreement. Yang paling mengejutkan sekali, salah satu daripada dasar TPPA ialah pengharaman kawalan modal. Maksudnya, negara-negara yang menurunkan tandatangan persetujuan tidak boleh menggunakan dasar kawalan modal jika mereka terjatuh dalam kancah krisis kewangan/ekonomi. Jadi kalau berlaku krisis ekonomi, negara tersebut tidak mempunyai ruang yang banyak untuk berusaha. Mereka semestinya akan menerima pakej suntikan kewangan IMF. Ekonomi sebenarnya sangat fragile seperti kepingan salji. Dalam sebuah ekonomi yang berkembang pesat pun, jangan terkejut jika tiba-tiba berlaku titik noktah dan unjuran ekonomi menunjukkan angka defisit dan negatif. Pada bila-bila masa boleh berlaku krisis, terutamanya melalui institusi kewangan, contohnya Bursa Saham. Saya boleh memberikan bukti kepada dakwaan saya dengan sepucuk surat rayuan sulit Amerika Syarikat kepada Hillary Clinton (Setiausaha Negara ketika itu), dan Timothy Geithner (Setiausaha Kewangan ketika itu), yang telah ditandatangani oleh 250 pakar- pakar ekonomi. Mereka merayu kepada Pentadbiran Obama untuk membenarkan kawalan modal dalam beberapa persetujuan dagangan mereka. Kawalan modal merupakan sebuah dasar yang mengehadkan modal luaran kedalam atau keluar daripada ekonomi domestic untuk pengstrukturan semula ekonomi. Saya ada lagi satu surat sulit yang ditulis kepada Timothy Geithner oleh dua wakil Parti Demokratik, yang menyatakan kerisauan mereka terhadap pengharaman kawalan modal dalam persetujuan-persetujuan dagangan Amerika Syarikat. Salah seorang daripada wakil tersebut adalah ahli Dewan Wakil Michigan (DUN Amerika Syarikat), dan saya mendesak Kauselor Brown supaya menulis surat balas kepada surat tersebut. Dua surat tersebut tidak memberi fokus kepada TPPA, tetapi surat seterusnya sebenarnya ditulis mengenai TPPA, dan ditandatangai lebih daripada 100 pakar-pakar ekonomi kepada Menteri Perdagangan kebanyakan negara-negara TPPA, termasuk Mustapa Mohamed. Mereka telah mengutamakan kerisauan mereka apabila kawalan modal diharamkan. Surat-suratnya: ase.tufts.edu/gdae/ policy_research/CapCtrlsLetter.pdf democrats.financialservices.house.gov/ FinancialSvcsDemMedia/file/press/112/Frank_ %20Levin%20letter%20to%20Geithner%20RE %20capital%20controls_%20May%2023_ %2020120003.pdf ase.tufts.edu/gdae/Pubs/rp/ TPPAEconomistsLetter.pdf Biar saya terangkan bahawa TPPA mahu menggunakan dasar-dasar ketat yang telah digunakan dalam persetujuan dagangan Amerika Syarikat, termasuk pengharaman kawalan modal. Tetapi, ini bukannya perkara utama yang dirisaukan. Perkara utamanya adalah sistem pencerobohan kewangan yang dikenali sebagai Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Inilah sistem Barat yang saya betul-betul risau, kerana inilah senjata yang Wall Street telah gunakan untuk menakluki ekonomi Amerika Syarikat. Kaunselor Brown sekadar menyentuhi bahagian luaran ISDS, dan beliau juga berkata bahawa TPPA tidak akan meragut kedaulatan negara dan ada dasar-dasar yang telah digunakan dalam pelbagai persetujuan hubungan dua-hala Malaysia. Saya desak beliau memberitahu persetujuan tersebut secara spesifik, kerana Malaysia tidak pernah mengalami kes ISDS yang melanda Germany, Canada dan Mexico. ISDS merupakan sistem dagangan gila dimana pelabur-pelabur atau syarikat- syarikat luar negara diberi keutamaan untuk mengemukakan saman kepada kerajaan. Inilah elemen senjata kewangan yang saya cakap, yang akan membawa kita kepada keruntuhan ekonomi… kalau berlaku krisis, negara dibawah TPPA (termasuk Malaysia - belum tandatangani lagi) tidak boleh melaksanakan kawalan modal untuk menstabilkan kewangan dan akan dihadkan daripada pembuatan dasar baru kerana kerajaan perlu membuat analisis terlebih dahulu sekiranya dasar-dasar baru akan memberi impak kepada pelaburan asing. Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat telah membazirkan AS$700juta kerana ISDS, dan sebahagian besar saman tersebut sebenarnya dalam kes sumber alam. Saya hanya menunggu apa-apa berita yang menyatakan Venezuela akan sertai proses rundingan. Mungkin anda berpendapat bahawa Malaysia tidak mempunyai minyak atau gas asli yang banyak. Benar, tetapi setiap titik dan sentimeter persegi adalah hak kita, dan baru-baru ini, negara kita baru sahaja memperkenalkan perlombongan thorium. Sudah tentunya, saya tidak mahu bilangan thorium kita dicuri oleh pelabur-pelabur asing, dan tiada gunanya untuk kerajaan kita memberi desakan untuk mereka diam kerana mereka mampu mendiamkan kerajaan melalui saman yang berbilion dimana kerajaan sudah tentunya akan tewas. Bukan sahaja sumber alam, malah rokok pun boleh dijadikan isu -- jika ada pelabur asing yang datang melabur untuk industri tembakau, kerajaan perlu berhati-hati kerana jika kenaikan harga rokok memberikan kesan kepada pelaburan mereka, kerajaan boleh disaman. Kewangan, tenaga, bahan api, projek dan pekerjaan semua akan didominasikan oleh pelabur-pelabur asing melalui TPPA. Kerajaan pula perlu mendiamkan diri oleh kerana saman, yang akan melalui undang-undang bawah tanah. Menurut sumber yang dibocorkan, mahkamah yang akan digunakan adalah mahkamah rahsia, bukannya yang didaftar. Menurut Kaunselor Brown, Amerika Syarikat pun akan terbabit dalam rundingan tersebut. Ya, memang benar, kerana Wall Street dipusatkan dalam Amerika Syarikat. Inilah sebab Pengarah Public Citizen’s Global Trade Watch, Lori Wallach, begitu marah dalam media utama Persekutuan Rusia (Russia Today). Beliau telah mengetengahkan semua perjumpaan dan mesyuarat yang diadakan oleh wakil-wakil 11 negara dilakukan secara rahsia. Saya percaya ini adalah benar kerana jika anda cari maklumat berkenaan dengan TPPA, anda tidak akan dapat secara sepenuhnya. Semuanya dirahsiakan, termasuk dasar-dasar sebenar TPPA. Salah seorang daripada rakan saya (pelajar ekonomi) berkata TPPA hanya berkenaan dengan perdagangan sahaja. Benarkah? Dalam masa tiga tahun, TPPA telah melakukan 17 perjumpaan berahsia, dan yang paling terbaharu, perbincangan mereka berkenaan dengan visa-visa untuk pekerja. Kalau benar semuanya berkenaan dengan perdagangan, kenapa mereka berahsia, dan kebanyakan negara dalam rundingan TPPA adalah negara berdemokratik, termasuk Malaysia. Sumber New Zealand dan Pengarah Wallach berkata Malaysia terbabit. Tetapi kenapa kerajaan Malaysia senyap dalam hal ini? Ini sebenarnya sebuah liberalisasi ekonomi. Mereka telahpun berbincang dan sudah tentunya mencapai resolusi untuk visa kepada pekerja. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan kita senyap dalam hal ini? Dan kita memang dalam masalah imigresen. Ada banyak warga asing yang berkeliaran dalam negara kita, dan apakah impak yang TPPA boleh berikan kepada negara kita jika berlaku liberalisasi imigresen? Sudahlah kita dirahsiakan, wakil-wakil negara TPPA pula tidak dibenarkan untuk mengikut arus demokrasi. Tiada debat. Tiada persoalan. Tiada perbincangan. Itulah yang dikatakan oleh Pengarah Wallach. Hanya diperlukan adalah ‘ya’ atau ‘tidak’, dan kali terakhir proses ini digunakan adalah semasa Presiden Richard Nixon mentadbir Amerika Syarikat (1974). Hampir 40 tahun, kenapa proses ini sedang kembali secara rahsia? Dewan Kongres Amerika Syarikat pun tidak diberi ruangan untuk memberi undian. Sekiranya persetujuan telah dibuat, perlembagaan legislasi Amerika Syarikat akan digubal da
Posted on: Fri, 07 Jun 2013 14:05:01 +0000

Trending Topics



yle="margin-left:0px; min-height:30px;"> Charles Taku HOME WORK FOR THE NEW YEAR About 53 years ago,
Had a great day at Bartow show yesterday got to meet Fred and
TAG Heuer Mens CAV511A.FC6225 Grand Carrera Chronograph Calibre

Recently Viewed Topics




© 2015