Saya memang dah lama tak tonton TV3, apatah lagi siaran beritanya. - TopicsExpress



          

Saya memang dah lama tak tonton TV3, apatah lagi siaran beritanya. Akan tetapi melalui seorang sahabat Facebook, saya mendapat maklumat bahawa "TV3 gelar Dr Mursi (Mesir) diktator. Nak menyumpah, habis pahala. Nak dikatakan apa pada depa ni — lidah rasmi toghut ke?" Diantara berita-berita yang memualkan yang dipungut dari Facebook: 1. Rejim diktator Dr Mohamad Morsi tumbang -TV1, TV3, TV9 2. Bashar berjaya menewaskan kaum pemberontak (mujahidin sunni Islam) di wiIayahnya -TV1, TV3, TV9 3. Edrogan kini berhadapan dengan zaman kejatuhan kerana rakyat berdemonstrasi menoIak beIiau -TV1, TV3, TV9 Adalah mustahil media massa lidah resmi kerajaan kita tidak peka dengan perkembangan politik antarabangsa. Sama ada pemberita-pemberita ini buta politik, buta akal atau yang paling menyedihkan sekali buta hati, tak tahulah saya. Islam dirobek-robekkan oleh pihak musuh, kita hanya mampu menuding jari menuduh pejuang-pejuang Islam tulen itu sendiri sebagai penyebabnya? Kita menyambut berita pejuang Islam rebah tersungkur dengan perasaan sukacita? Islam jenis apakah kita? Atau betul-betul tulenkah Islam kita? Astaghfirullahil adzim!
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 13:18:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015