Saya mengambil keputusan tidak mempertahan lagi jawatan Ketua - TopicsExpress



          

Saya mengambil keputusan tidak mempertahan lagi jawatan Ketua Cawangan UMNO Kg. Taburan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Cawangan pada 14.09.2013 jam 9 pagi di Balai Muhibbah Kg. Taburan Tambulawan. Saya sdh mengenal pasti pengganti saya dan akan diumumkan pada tarikh tersebut jika diterima oleh ahli cawangan. Keputusan ini diambbil kerana prestasi buruk pencapaian calon BN di Daerah Mengundi Dudar pada PRU 13 yg lalu. Calon Parlimen BN hanya dapat undi lebih 200 berbanding calon PR lebih 500 undi. Calon ADUN BN hanya menperolehi majoriti lebih 50 undi. Kepimpinan Daerah Mengundi Dudar perlu perubahan dan transformasi. Penjawat jawatan lantikan politik terutamanya Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK perlu ditukar dibeberapa buah kampung. Saya sendiri sebagai kakitangan Mahkamah Anak Negeri bersedia pada bila-bila masa mengosongkan tempat jika khidmat saya didapati tidak memenuhi kehendak masyarakat setempat. Ada penjawat lantikan politik yg bermati-matian mempertahankan jawatan sedangkan rakyat sdh tidak menerima kepimpinan mereka. Pada saya kepentingan parti dan BN adalah lebih penting dari kedudukan diri sendiri. Kemerosotan undi BN di Daerah Mengundi Dudar bukanlah atas faktor pengundi tidak menerima BN dan calon BN PRU 13 iaitu ( Dato Rahman dan Datuk Musbah ) tetapi atas kepincangan urus tadbir Jentera BN Daerah Mengundi Dudar sendiri. Saya secara terus terang mengakui tidak menganggotai Jentera BN DM Dudar PRU 13 kerana tidak mahu terlibat dgn kemungkaran dan sabotaj dari Jentera sendiri. Dan dalam masa yg sama terdapat penjawat lantikan politik yg tidak disenangi masyarakat kg tetapi masih disimpan atau dikekalkan jawatan. Memang tiada pemimpin yg mampu memberikan kepuasan kpda semua masyarakat namun atas nama menjaga keutuhan parti dan kerajaan BN mohon apa kiranya penjawat lantikan politik yg mempunyai salah laku yg memudaratkan BN perlu ditamatkan perkhidmatan.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 12:22:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015