Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih - TopicsExpress



          

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 yang memberi kepercayaan dan mendoakan. Saya tidaklah mendapat mandat menjadi AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh. Tidak tertulis dalam mana-mana kad pun, namun semuanya ada hikmah yang manis di sebalik setiap perkara yang Allah SWT tuliskan utk kita, Alhamdulillah. Perjalanan utk agama, bangsa dan nusa bangsa tetap diteruskan macam biasa. In Syaaa Allah kepada yang mengenali, jika perlukan bantuan dan buah fikir, setakat termampu tetap saya akan berikan...mcm biasa. Salam Silatulrahim. Kepada saudara-saudara, Mohd Zaidi Mohd Said, Ibrahim Ahmad Art Berger, Ajis Abdul yang terpilih menjadi Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pemuda UMNO Permatang Pauh, TAHNIAH! semoga tuan2 dirahmati Allah, diberi ilham dan petunjuk, ikhlas dalam melaksanakan mandat utk agama, bangsa dan tanah air. Saya mendoakan kejayaan tuan-tuan. Begitu juga yang diberikan mandat sebagai AJK-AJK juga Ketua2 sayap, Pemuda Ben, Wanita Kak Ros dan Puteri Nana Soberi, Naib dan Semua AJK2 Bahagian dan AJK2 sayap2. Kepada sudara2 Ahmad Saad , Dato Nasir Abdullah , Dr Mazlan Ismail , Bahrin Riad, Cikgu Hassan, Nasser, Zulkifli Bakar , tahniah kerana tuan-tuan mengambil tanggungjawab menawarkan diri bertanding. Tiada yang kalah, semuanya ada hikmah di sebalik sesuatu perkara. Saya juga mendoakan tuan-tuan semua diberikan rahmat oleh Allah SWT dan meniti kejayaan di dalam kehidupan semua. Begitu juga kepada saudara2 dan sahabat2 yang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat di mana-mana jawatan yang dipertandingkan namun tidak beroleh mandat, terima kasih kerana menawarkan diri untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air tuan-puan. Kepada Dato Abdul Jalil , semuanya ada hikmah yang tersendiri, semoga tuan diberikan ganjaran oleh Allah di sebalik setiap jasa-bakti yang tuan telah tuan tumpahkan untuk Permatang Pauh. Doa saya supaya kesemuanya walaupun yang tidak mendapat mandat, teruslah berbakti untuk Islam, Melayu dan Nusabangsa kita. Allah SWT juga yang akan menilainnya nanti. Tiada menang @ kalah dalam kamus Allah SWT...Semuanya berhikmah. Allah SWT memandang kepada Sabar, Ikhlas, Jujur, Amanah, Taqwa dan Redho. Salam Silatrrahim. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ أََحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ, وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ, فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ أَخْرَجَهُ اَلْبُخَارِيُّ. Dari Abu Hurairoh r.a: Rosul bersabda barang siapa yang ingin diluaskan rezkinya, dan di panjangkan umurnya, hendaklah dia menyambungkan silaturahmi (H.R. Bukhari).
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 08:06:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015