Saya mengenal politik melalui sosok Anwar Ibrahim yang dizalimi - TopicsExpress



          

Saya mengenal politik melalui sosok Anwar Ibrahim yang dizalimi kerana permainan kuasa kelompok tertentu untuk mengekalkan status quo dalam kerajaan. Saya diasuh dari sekolah kehidupan bahawa fitrah manusia inginkan keadilan, kebebasan dan kemuliaan insan, itulah juga pesan- pesan terbesar alQuran. Justeru, masalah sebahagian manusia yang memegang kuasa sebagai kerajaan adalah melihat kerajaan sebagai entiti kelompok politiknya sahaja seperti BN, PR, Melayu, Islam, pelbagai kaum, seolah- olah Melayu, Islam itu cukup utk diwakili beberapa orang yang membentuk kerajaan. Dan sebab itu manusia sebegini yang menjadi kerajaan wewenang menafikan hak rakyatnya dengan menidakkan keadilan, kebebasan, kemuliaan insan dan hak asasi dengan sanggup berbuat apa sahaja utk memepertahankan status quo kelompok politik sealirannya sahaja.
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 14:40:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015