Saya minta maaf jika statement saya menyinggung. Isteri saya dan - TopicsExpress



          

Saya minta maaf jika statement saya menyinggung. Isteri saya dan keluarga mertua saya semua bekerja dalam perkhidmatan awam (kerajaan) tapi saya rasa saya perlu katakan...saya rasa tujuan CUEPACS sangat dominan dalam usahanya untuk minta bonus mykmu.net/?p=32676 Korang ada alasan macam-macam kononnya kerajaan boros lah, kak rosmah beli cincin juta-juta, PM isi minyak private jet mahal dan macam-macam...yg tu kalau ada fakta pun, sila simpan dulu dan tidak didebatkan di sini. ISUnya ialah...jika kita tahu AYAH kita orang miskin, ataupun sudah jatuh miskin atas apa-apa sebab sekalipun...sebagai anak, kita tak perlu berlebih-lebihan meminta-minta. Ayah tahu bila nak bagi tanpa perlu dutuntut-tuntut. Penjawat awam bekerja untuk negara, maka utamakanlah kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi. Saya rasa penjawat awam ramai tak setuju dengan saya. Maka, bawa bertenang jika tidak setuju. Saya cuma rasa, kita perlu bekerja untuk negara. Bila negara senang, kita pun senang. Kata Datuk Omar Osman, ekonomi kita sangat baik. Jika dilihat laporan Bank Negara, kenapa nampak seperti ekonomi sedang demam sekarang ini? Datuk Osman, tumpukanlah membangunkan perkhidmatan awam agar lebih berkhidmat berbanding minta gaji naik dan minta bonus tiap-tiap tahun. What do u think? p/s saya berkata tanpa interest. Keluarga saya kebanyakannya penjawat awam. Kalau saya ada interest pasti saya diam-diam sahaja. Tapi saya cuma rasa CUEPACS perlu buat kerja lain juga selain minta bonus. Whaddayating? SAIFUL NANG Bukan Cuepacs
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 07:30:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015