Saya nak ubah reputasi Torres 2013/08/04 - 04:48:42 AM Cetak Emel - TopicsExpress



          

Saya nak ubah reputasi Torres 2013/08/04 - 04:48:42 AM Cetak Emel Kawan Indianapolis: Jose Mourinho bertekad untuk memperbaiki Fernando Torres dan mengubah penyerang bernilai 50 juta pound (RM248.9 juta) itu kembali bergelar salah seorang peledak digeruni di Eropah. Penyerang Sepanyol berusia 29 tahun itu yang membuat penampilan pertama pada perlawanan pra musim dengan menjadi pemain gantian ketika Chelsea mencatat kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan pernah digelar penyerang paling berbahaya ketika di Liverpool, menggunakan kepantasannya ditambah umpanan tepat Steven Gerrard dan Xabi Alonso. Pergelutan untuk mengulangi persembahannya di Stamford Bridge kekal misteri namun ramai mengatakan tugasnya selaku penyerang tunggal yang diubah kepada serba boleh menjadi punca kemerosotan bersama kelab London itu. Kami tahu bagaimana Torres bermain, kata Mourinho. Apabila kami melihat Torres sebelum ini, menjaringkan gol sekalipun dikawal dua atau tiga pemain, kami tahu dia tidak melakukan magis. Namun inilah Torres. Kami mahu pasukan berlatih bagaimana untuk bermain dengannya. Tak ubah corak Kami tidak akan mengubah corak permainannya kerana ia mustahil. Namun, kami mahu mengadaptasi pasukan dan mengajar pasukan bagaimana menggunakan kualiti terbaik dimilikinya, kerana permainannya adalah permainannya. Dia bukannya kanak-kanak, dia berada pada usia yang sukar mengubah permainannya. Dia adalah dirinya dan dia amat bagus dengan kualiti yang ada padanya. Jadi kami akan belajar dan membantu permainannya, kata Mourinho yang turut berkata kapten Chelsea, John Terry bernasib baik terlepas daripada kecederaan serius selepas menerima terjahan keras pemain Inter, Hugo Campagnaro. Kemenangan dalam Kejuaraan Antarabangsa Guinness memastikan Mourinho mengekalkan kemenangan 100 peratus dalam perlawanan pra musim namun berkata: Apa maknanya dengan memenangi perlawanan ini? Tidak banyak, katanya. Agensi
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 02:37:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015