Saya rasa amat bangga dengan masyarakat Islam di Singapura kerana - TopicsExpress



          

Saya rasa amat bangga dengan masyarakat Islam di Singapura kerana masih ada di antara kami yang bertungkus lumus untuk memberi. Biasiswa LBKM, pertolongan subsidi Mendaki serta pinjaman tiada riba dan lain2 lagi untuk membantu para belia Islam Singapura yg ingin mencakar langit luasnya telah membawa manfaat sahsiah kepada keluarga2 yang kurang berupaya, lebih2 lagi di dalam zaman yang penuh dgn tanggungan kewangan. Sedarlah wahai para belia Islam Singapura! Janganlah kita seperti segelintir yg kufur nikmat, yang sudahpun membuat infaq ke Mendaki namun kerana Mendaki tidak menolong mereka, lantas mereka hentikan infaq tersebut! Adakah kita masih mahu memberi sesuatu dan mengharapkan bantuan dari infaq tersebut, sedangkan duit itu telahpun menjadi KEPUNYAAN ILLAHI? Bangunlah wahai para belia Islam Singapura! Janganlah dikau ambil sahaja dari masyakarat tetapi bagai kacang lupakan kulitnya. Berilah kembali agar keberkahannya dapat jua dirasai oleh orang lain. Kamu dianugerahkan rezki uang dan kepintaran, supaya kamu melaksanakan tanggungjawab kifayahmu untuk MENCUKUPI APA YANG KEKURANGAN. “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku,“(2:152)
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 07:58:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015