Saya suka siswa yang vokal. Saya dulu pernah di jalan itu. Moto - TopicsExpress



          

Saya suka siswa yang vokal. Saya dulu pernah di jalan itu. Moto yang pernah Amin Iskandar a.k.a Black pernah guna dan saya pinjam dalam risalah Circle of Friends (risalah haram tetapi ada nama penulis iaitu saya sendiri) di UPM dulu ialah saya bersuara beerti saya ada, saya bertindak beerti saya ada. Kemudian saya terbaca kata pengantar Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia. Anwar berkisah tentang aktivisme zaman mudanya yang berpegang kepada to be is to act, tetapi bila dia masuk kerajaan, dia juga semakin menyedari to be is to know, dalam maksud sisi pandang kerajaan yang tidak sama dengan entiti-entiti lain. Saya memahaminya sebagai tuntutan rumit mengemukakan dasar awam dengan pertimbangan keadilan untuk semua. Anwar juga dalam kata pengantar yang sama berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana bersikap terbuka memandangkan pandangan beliau dalam buku itu ada yang bercanggah dengan apa yang dipegang oleh Dr. Mahathir (rujuk hal Nilai Asia - saya ada tulis dalam artikel Majulah Singapura di JalanTelawi). Rupanya, panas yang Anwar sangka tidak sampai ke petang. Apa yang disangkanya sikap terbuka Dr. Mahathir sebenarnya ialah tindakan membeli masa. Aik, tadi ingat nak tulis pasal siswa yang vokal, berakhir dengan hal Anwar-Mahathir pula. Ini semua salah Anwar la ni!
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 01:09:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015