Sebab duit. Bukan sebab agama. (1) Nak dapatkan kuasa ekonomi, - TopicsExpress



          

Sebab duit. Bukan sebab agama. (1) Nak dapatkan kuasa ekonomi, perlu dapatkan kuasa pasaran. Jika terbatas pasaran di negara sendiri, wajib dapatkan pasaran negara orang. Nak dapatkan kuasa pasaran, maka kuasa ketenteraan perlu kuat. Boleh menekan negara orang dengan kekuatan. Nak dapatkan kuasa ketenteraan, maka perlu menjadi kuasa ekonomi. Ini asas apa yang berlaku dalam dunia. (2) Dunia kini menjadi 2 paksi kuasa. Pertama blok Russia. Kedua blok US. Tidak ada blok Kristian atau blok Islam. Sunni atau syiah sebenarnya. Itu hanya kulit yang membenarkan tindakan. Kebanyakan peperangan di negara2 dunia melibatkan 2 paksi ini. Saling berebutan untuk pasaran negara tersebut. Perang Vietnam sebenarnya perang US-Russia. Korea, Afghanistan, Iran-Iraq, dan lain-lain. Perlawanan senjata juga melibatkan senjata US lawan senjata Russia. (3) Blok Russia adalah Iran, China, Korea Utara, Iran dan negara2 sosialis latin. Blok US adalah negara komonwel, sebahagian besar Asia, Arab dan Eropah. Termasuk Malaysia yang claim diri negara berkecuali. (4) Ramai muslim yang tuduh US atau Russia akan meruntuhkan kuasa Islam. Contohnya, jika Malaysia laksanakan hudud, maka US akan halang. Sebenarnya, polisi US dalam kontek negara mereka, mereka tak peduli pun. Melainkan sedikit kenyataan dasar negara. Yang akan peduli dan lawan hanyalah NGO dan media mereka. Arab Saudi hudud pun US tak kacau. Malah sahabat. Asalkan kuasa pasaran Arab Saudi tunduk kepada US. Kuasa ketenteraan tunduk kepada US. Negara2 blok US mungkin boleh aman dari Russia. Tetapi negara2 blok Russia sukar aman dari US. (5) Begitu juga kes dengan negara Syria. Syria adalah blok Russia. Ini bukan Syiah vs Sunni sebenarnya. Tetapi peluang US menjadikan Syria blok mereka. Cumanya, kejahatan Basyar mengenai kuasa dalam negara menyebabkan dia enggan meredakan tentangan dengan skim peralihan kuasa yang Turki cadangkan. Letak jawatan, dan serahkan kepada pemimpin parti Baath yang lain. (6) Anda lihat Mesir pula. Satu negara blok US. Selepas Mubarak jatuh secara rakyat, Ikhwan ambil alih secara pilihanraya. Kemudian jatuh secara tentera. Kemudian berlaku pembunuhan rakyat pro Morsi. Bangkit demi bangkit. Berbanding Libya dan Syria, kenapa tidak berlaku penentangan secara senjata oleh rakyat? Inilah sebenarnya. Jika negara itu adalah blok Russia, maka US akan masuk dalam kebangkitan rakyat untuk supply senjata jenis yang sama dengan polisi kiblat senjata si pemerintah (senjata jenis Russia juga). Dan oleh kerana Mesir sememangnya blok US, maka tidak berlakulah penentangan rakyat bersenjata. Walau rakyat dibunuh dan ulama mereka hari2 melaungkan jihad. (7) Penutupnya, Aktivis Kelantan menyeru kepada semua supaya tidak terperangkap dalam label dan sentimen. Fahami perjalanan duit dalam setiap perkara, maka anda akan dapat jawapannya dalam setiap perkara. Salam Syawal. Maaf zahir batin. Aktivis Kelantan (AK03) copy paste
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 01:43:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics



-
-

© 2015