Sebab itulah bila tun cakap jawatan presiden dan timb presiden - TopicsExpress



          

Sebab itulah bila tun cakap jawatan presiden dan timb presiden tidak perlu dibuka kepada pertandingan, ianya adalah satu sindirin yang tajam menikam. Tun tau mcamana nak tackle orang cina tanpa perlu membodek, tanpa perlu tukar nama dan tanpa perlu berlakon dalam iklan. Dasar najib banyak menguntungkan bangsa kiasu sehinggakan bangsa sendiri terabai. Sehinggakan ada sekolah kebangsaan yang kantinnya tidak mampu menampung lebihan murid tapi tiada bantuan dari kerajaan pusat. Sedangkan pada masa yang sama, sekolah vernakular yang banyak duit dan lengkap dengan pelbagai kemudahan pula yang dibantu dengan peruntukan besar. Setakat ini saya belum nampak agenda najib terhadap orang melayu khususnya penduduk di luar bandar. Tiada langsung usaha untuk menaiktaraf ekonomi mereka yang dibebani dengan kenaikan kos sara hidup. Meskipun mereka adalah pengundi tegar bn, kerajaan nampaknya masih meminggirkan mereka. Brim hanya mengurangkan bebanan untuk selama sehari atau seminggu sahaja. Hakikatnya rakyat marhean memerlukan bantuan khusus sehingga ke tahap mereka tidak perlu lagi mengemis kepada kerajaan. Dalam bahasa yang mudah, rakyat perlukan joran dan bukannya ikan.
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 17:14:17 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015