Sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya dan agama, Malaysia - TopicsExpress



          

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya dan agama, Malaysia mengamalkan kesederhanaan untuk memelihara keamanan, perpaduan dan kestabilan dalam suasana yang pelbagai, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman , malam tadi. Beliau memberitahu Forum Demokrasi Bali ke-6 di Indonesia bahawa konsep kesederhanaan berkesan dari segi menangani perbezaan, memudahkan komunikasi, menyelesaikan perbalahan dan memelihara kestabilan yang perlu untuk Malaysia terus maju. Serentak itu, ia mewujudkan hubungan harmoni di antara kumpulan etnik yang berbeza kerana ia mendorong sikap saling menghormati, memahami, toleransi, kerjasama dan keterangkuman, katanya pada forum dua hari dengan tema Memperkukuh Demokrasi dalam Masyarakat Pluralistik. Teks ucapan beliau dikirim kepada Bernama di Kuala Lumpur. Anifah berkata, adalah satu hakikat diketahui umum bahawa memperkukuh demokrasi dalam masyarakat pluralistik adalah tugas yang sukar bila masyarakat itu terpisah-pisah. Sambil mengiktiraf bahawa demokrasi bukan konsep satu saiz sesuai untuk semua, Anifah berkata, ia mesti dilihat dalam konteks dimensi politik, sosial dan kebudayaan serta lanskap sesebuah negara. Dalam menangani suasana yang pelbagai, katanya, Malaysia mengamalkan dasar integrasi, bertentangan dengan penerapan atau konsep identiti kebangsaan tunggal. Pendekatan sedemikian hanya berlaku menerusi dialog, kompromi, persefahaman, penerimaaan dan saling menghormati, katanya. Beliau berkata, demi memperkukuh demokrasi dan perpaduan serta memelihara keamanan, dan kestabilan dalam negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia.
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 04:55:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015