Sebelum ini saya tak minat bahasa arab. Bila ustaz @ ustazah masuk - TopicsExpress



          

Sebelum ini saya tak minat bahasa arab. Bila ustaz @ ustazah masuk kelas, saya rasa tak seronok. Kerja sekolah saya tak tahu nak buat dan saya tiru dari rakan. Saya cuba belajar dari rakan tapi masih tak faham. Bila ujian, subjek bahasa arab adalah yang bermasaalah. Selepas saya masuk kem bahasa arab ini, saya sangat bersemangat untuk belajar bahasa arab bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi sampai bila-bila. InsyaAllah saya akan dapat keputusan cemerlang nanti. Saya akan belajar sehingga mahir dan berjaya. Terima kasih kerana telah membuka hati saya untuk belajar bahasa arab. Syukran ustaz. - Muhammad Alif bin Azmi, 2 Bukhari, SMK Agama Kerian, Perak. Alhamdulillah, semoga Allah mempermudahkan pembelajaran adi Muhammad Alif dalam mempelajari Bahasa Al Quran. Wahai kaum muslimin dan muslimat, tanamkan niat untuk belajar Bahasa Arab dan sentiasa sebut Bahasa Arab Mudah. InsyaAllah mudah. Ustaz Noorli akan membuka kelas Bahasa Arab di Kota Bharu, bermula 22 November 2013 ini. Doakan semua semoga usaha untuk menjadikan ramai kaum muslimin dan muslimat meminati Bahasa AlQuran menjadi kenyataan. Syukran Kepada yang berminat sila hubungi 019 9354122 @ 014 5490779 @ layari website: arabmudah
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 12:03:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015