Sebelum menulis novel Hasan Al Banna saya bersama Cikpuan - TopicsExpress



          

Sebelum menulis novel Hasan Al Banna saya bersama Cikpuan Azzah,serta dibantu oleh beberapa orang pelajar Malaysia di Mesir antaranya Ahmad Fahmi Abdullah, Buraidah al Aslami, Muawwaiz dan beberapa orang lagi, menjejak sejarah tokoh pengasas Ikhwan Muslimin itu di Mesir. Kami dipertemukan dengan tokoh Ikhwan Muslimin di Ismailiyah dan Mahmodiyah yang banyak mengetahui sejarah perjuangan Hasan Al Banna. Sebelum pulang ke Malaysia kami diberi peluang bertemu dengan dua orang tokoh penting Ikhwan Muslimin. Dalam perbualan itu beliau mengatakan perjuangan mereka untuk menegakkan Islam di bumi Mesir bukannya mudah kerana akan ditangkap, dihina malah ada kemungkinan kena bunuh. Ketika itu saya fikir siapa lagi yang akan melakukannya kerana ketika itu Ikhwan Muslimin sedang berkuasa di Mesir. Dr Morsi menjadi Presiden. Mustahil ada yang akan menangkap atau membunuh mereka seperti yang berlaku pada era dahulu. Sekarang terbukti betapa benarnya kata-kata beliau itu. Khabarnya kedua tokoh ini bersama 600 pemimpin dan aktivis Ikhwan Muslimin sudah ditangkap. Ramai pula yang telah syahid termasuk ditembak semasa sedang sembahyang subuh. Ikhwan Muslimin banyak belajar dari pengalaman semasa dizalimi pada zaman pemerintahan Raja Farauq, Gamel Abdul Naser, Anwar Saddat dan Hosni Mubarak. Kerana itu mereka telah mempersiapkan diri untuk satu perjuangan, rela ditangkap atau syahid. Berita terbaharu, Ikhwan Muslimin dipelawa mengadakan perbincangan malah ditawarkan jawatan dalam kabinet. Pasti ditolak mentah-mentah oleh mereka. Kerana bukan itu matlamat perjuangan mereka. Hari ini Jumaat, Ikhwan Muslimin bersama rakyat Mesir yang bersimpati serta menyokongnya yang dijangka jumlahnya juataan umat ramainya sedang berarak beramai-ramai ke Kaherah bertujuan menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa…sama-sama kita mendoakan kemenangan untuk mereka.
Posted on: Fri, 12 Jul 2013 07:08:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015