Sebilangan dari anak muda sekarang mahu kaya. Pesona kemewahan - TopicsExpress



          

Sebilangan dari anak muda sekarang mahu kaya. Pesona kemewahan kuat menyapa. Kereta mewah, pakaian berjenama, lepak di tempat ekslusif adalah penyakit berjangkit. Ini zaman serba pantas. Semuanya mahu lekas. lalu mereka cari jalan pintas. TIGA JALAN PINTAS pilihan anak muda mahu kaya: 1. MASUK POLITIK. Bertanding jawatan. Gunakan jawatan untuk panjat pejabat Menteri. Mereka jadi broker. Ini bayangan sahaja. Ada yang kaya, ramai yang tidak punya apa apa. 2. DAFTAR SYARIKAT. Dapatkan lesen, permit dan kemudahan bumiputera. Ramai terperangkap dengan budaya berniaga buluh kasap bermentor orang kaya kontraktor kerajaan. Pejabat mewah, perolehan lelah. 3. SKIM CEPAT KAYA. Mereka menyorok dibelakang nama MLM. Hakikatnya skim ini mempedaya manusia tanpa ilmu. Ia sarang perompak, penyangak dan manusia rosak. Tadi saya ada lihat iklan, (bayaran pendaftaran rm500. Dalam 24 hari boleh dapat pulangan rm50,000). Orang gila pun tidak percaya. Orang waras yang "gila kaya" boleh terpedaya. Semua ini boleh berlaku apabila kita menganut 4 perangai pembunuh manusia. 1. TAMAK. Rasa berahi yang tinggi untuk mendapatkan kuasa, prestij atau keberolehan benda untuk diri mereka sahaja. Mereka tidak ada peduli rasa mahu berkongsi. 2. PANTAS dan LEKAS. Impuls menggesa diri untuk memotong barisan. Kerja mereka semua bergegas. 3. MALAS. Usaha kurang mahu senang lenang. Hidup di alam khayalan. 4. Paling bahaya adalah KABUR (haziness). Bertindak dan melompat tanpa berfikir. Akhirnya langgar dinding. Mereka yang LEBUR. -dari wall Tuan Roslan Ab Hamid-
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 09:46:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015