Sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan di Tanah - TopicsExpress



          

Sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan di Tanah Merah, menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Tanah Merah. Syukur Alhamdulilah.. Allah Lindungi Hambamu Ya Allah Aamiin ya rabbal ‘alamin: ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ KUALA LUMPUR, 31 Disember: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya. “Saya sahkan Helicopter PDRM Msia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat. “Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat,” katanya. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang. “Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. “Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah,” katanya.
Posted on: Tue, 06 Jan 2015 12:21:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015