Sebuah kebudayaan Islam mustahil dapat dibangun jika sikap kita - TopicsExpress



          

Sebuah kebudayaan Islam mustahil dapat dibangun jika sikap kita memusuhi alam dan tanpa memiliki kunci-kuncinya atau memusuhi manusia dan menolak fitrahnya. Ini disebabkan al-Quran membangun keimanan berdasarkan pemahaman dan pengkajian alam dan manusia. Untuk membangun sebuah Negara, perlu benar-benar mengerti tentang hidup dan kehidupan, dengan segenap kecekapan dan keahlian dapat menyingkapi pelbagai persoalan hidup itu dengan sangat baik. Tidak menjadi satu kehairanan jika negara maju dijuarai oleh nagara Barat kerana mereka adalah kaum secular yang sangat ahli mengenai pelbagai persoalan material, social, dan seluruh persoalan hidup. Ini menunjukkan bahawa pendidikan Islam yang benar itu harus didasarkan pada pemahaman yang luas mengenai hidup dan kehidupan, langit dan bumi, dan apa saja yang saling mempengaruhi dangan kita. Sehingga kita semua menganggap bahawa semua itu adalah juga agama dan akhirat kita, sesuai dangan firman Allah: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah al-Qasas:83) Tidak masuk akal jika ada mengatakan bahawa sikap bodoh terhadap pelbagai persoalan hidup itu dianjurkan agama, dan bahawa kegagalan memahami kehidupan dengan benar itu adalah sebuah ketakwaan. Agama mengajar kita mengambil dunia ini dengan cerdik dan cermat kemudian menggunakannya untuk kepentingan menegakkan agama Allah, menguatkan iman, dan meninggikan syiarnya. Orang yang tidak memiliki sesuatu di dunia ini maka dia tidak akan memiliki sesuatu di akhirat. *Idea dipetik dari buku Turathuna al-Fikri fi Mizan al-Syar’ Wa al-‘Aql oleh Muhammad al-Ghazali dan sedikit penambahan untuk realiti sekarang.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 03:18:25 +0000

Trending Topics




© 2015