Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal - TopicsExpress



          

Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya. Bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diketuai Kamaruddin Mohammad Yassin bersama sembilan pegawai melakukan serbuan ke premis berkenaan di Taman Taynton, Cheras, di sini, semalam. Difahamkan, botol yang diimport dari Thailand itu dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan. Pengarah PPDNKK WPKL Abu Samah Shabudin berkata, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama dua bulan selepas aduan diterima daripada pengguna.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 09:02:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015