Segala persoalan mengenai Ashraf Muslim akhirnya terjawab minggu - TopicsExpress



          

Segala persoalan mengenai Ashraf Muslim akhirnya terjawab minggu lepas. Akhirnya dia sah bernikah dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai 2013 yang lalu. Sudah tentu orang paling kecewa adalah isteri pertama beliau, Noor Dayana serta keluarga mertuanya. Namun dalam diam, rupanya Sakinah sudah bertunang dengan lelaki lain sebelum bernikah dengan Ashraf dan lelaki misteri berkenaan mendakwa pertunangannya putus kerana Ashraf Muslim. Lelaki misteri berkenaan tampil dalam laporan Melodi dan mendedahkan bahawa hubungan Sakinah atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi sudah lama terjalin dan ianya sebelum mereka bertunang lagi. Kalau ikutkan dah memang takdir macam itu. Mungkin tak ada jodoh kot. Tapi kalau ikut istilah apa pun, takdir tetap masih ada sebabnya, dan salah satu daripadanya adalah dia (Wan Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf Muslim. Hubungan itu sampai ke hari ini dan mereka bernikah. Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bukanlah sejak sembilan bulan selepas pelakon itu bernikah. Sebelum dan semasa Ashraf Muslim di dalam pertunangan dengan tunangnya (Noor Dayana) dan pada ketika itu saya dengan Wan Sakinah juga bertunang, mereka sudah ada hubungan. Masa itu memang kecewa sebab dah nak dekat kahwin. Alasan putus tunang sebab dia ada hubungan dengan Ashraf Muslim. Alhamdulillah, dia akhirnya bernikah. Yang Ashraf selalu nafikan selama ini akhirnya terbongkar dan telah terbukti. Nak cakap pasal malang, rasanya Dayana lagi malang daripada saya sebab dia dah ada madu. Saya pula rasa malang sebab lagi 25 hari sebelum nak kahwin kami putus tunang. Sebenarnya apa yang saya cakap tentang Ashraf Muslim ganggu tunang saya pada masa itu, semua orang tak percaya sebab Ashraf orang anggap dia macam ustaz. Itulah sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan lelaki berkenaan dipetik dari laporan Ohbulan. Memang beliau nampak kecewa namun segalanya sudah berlalu. Harap lelaki berkenaan juga terus tabah. Banyak lagi bunga-bunga lain kat luar sana. Insya Allah, jodoh Allah siapa yang tahu. Bak kata pepatah, “lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik”. Bukan nak mengata, namun itulah hakikatnya. -ammboi
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 03:21:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015