Sehari dua ini ada yang menyatakan tempoh pembiayaan kereta cuma - TopicsExpress



          

Sehari dua ini ada yang menyatakan tempoh pembiayaan kereta cuma dapat buat maksimum 7 tahun dan perlu 20% down payment. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menafikan hal tersebut. Ia adalah khabar angin (rumour). Berikut adalah kenyataan dari pihak BNM yang dikeluarkan pada jam 10:00 pagi tadi, 21 Ogos 2013. --- Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun. Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Harap maklum. Sumber: https://facebook/photo.php?fbid=10151817852669872&l=0b56d61515
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 08:13:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015