Sehingga kini Amerika Syarikat masih enggan menyifatkan apa yang - TopicsExpress



          

Sehingga kini Amerika Syarikat masih enggan menyifatkan apa yang berlaku di Mesir sebagai kudeta (rampasan kuasa). Namun ia menggalakkan pelaksanaan pelan (roadmap) yang diumumkan oleh pemerintah sementara. Pada 11/07/2013 aljazeera.net melaporkan yang jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, “Pelan yang dibuat oleh pemerintah sementara untuk peringkat seterusnya adalah menggalakkan”. Jen Psaki, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, pemerintahan Presiden Mohamed Mursi adalah “tidak demokratik”, seperti yang dilaporkan dalam al-yaum as-sabi’ al-Misriyah (Mesir hari ketujuh) pada 12/07/2013. Aljazeera.net juga melaporkan yang jurucakap White House, Jay Carney memberitahu pemberita pada11/07/2013 bahawa “Kami menilai bagaimana pihak berkuasa bertindak dan bagaimana mereka menangani keadaan semasa”, merujuk kepada pengumuman pada 03/07/2013 yang dibuat oleh Menteri Pertahanan dan komander tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi, tatkala mengguling Mohamed Mursi dan melantik Adli Mansour, ketua Mahkamah Perlembagaan sebagai presiden sementara.Jadi, apakah sebenarnya yang menjadikan Amerika berpaling menentang Mursi, sedangkan ia (Amerika) menyokong Mursi sejak awal lagi? Mengapa Amerika tidak menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai rampasan kuasa dan mengapa Amerika terus “menilai” (keadaan) sehingga ke hari ini!? Dan apakah yang boleh terhasil dari semua ini? Jawapan kepada semua persoalan di atas dapat dijelaskan dengan poin-poin berikut: 1 -Dalam pusingan pertama pilihan raya presiden yang diadakan pada 23-24 Mei 2012, Mursi tidak dapat memenangi pilihan raya (terang-terangan), di mana undi terpecah antara beberapa calon. Pusingan kedua berlangsung pada 16-17 Jun 2012 dan Mursi diisytiharkan pemenang dengan 51.73% (kira-kira 13 juta undi) terhadap Ahmed Shafiq dengan 48.27% (kira-kira 12 juta undi). Ini bermakna bahawa hampir separuh daripada pengundi tidak mahukan Mursi sebagai presiden mereka, di mana mereka tetap memilih seorang lelaki daripada bekas rejim, walhal terhadap rejim itulah yang mereka memberontak sebelum ini. Penting untuk disebutkan bahawa pengumuman keputusan pilihan raya presiden itu telah mengalami kelewatan, yang menunjukkan ada sesuatu di sebalik tabir. Kemudian ia selesai dengan mengisytiharkan kemenangan berpihak kepada Mursi ke atas Ahmed Shafiq, selepas Mohamed Mursi memberi jaminan kepada Amerika bahawa dia akan mematuhi perjanjian dan konvensyen yang telah dibuat oleh bekas rejim, terutamanya perjanjian Camp David, satu perjanjian yang sangat penting untuk Amerika, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan Amerika sebelum dan selepas pilihan raya. Duta AS mengumumkan kepada akhbar Kuwait, al-Ra’yu al-Kuwaitiyyah, yang diterbitkan pada30/11/2012 bahawa: “Amerika Syarikat komited kepada perjanjian damai antara Mesir dan Israel dan menganggap ia penting bagi keamanan dan kestabilan dirantau ini dan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat Mesir dan Israel. Kami juga menganggap perjanjian ini sebagai asas bagi usaha keamanan dan kestabilan di rantau ini keseluruhannya. Kami sudah tentu gembira bahawa Kerajaan Mesir telah berulang kali menyatakan bahawa ia akan memenuhi semua obligasi antarabangsa Mesir”, sambil menambah “Kami menggalakkan Mesir dan Israel untuk meneruskan perbincangan langsung mereka terhadap keadaan keselamatan di Sinai dan isu-isu kepentingan bersama dan kami mengesahkan bahawa keselamatan di Sinai adalah yang paling penting dan utama." Ini menunjukkan bahawa Amerika dan entiti Yahudi berada di sebalik tabir kempen rejim Mesir selama beberapa bulan, terhadap kumpulan bersenjata yang menyeru jihad ke atas musuh Islam itu. 2- Inilah sebabnya mengapa Amerika menyokong Mursi dan berusaha memastikan Mursi berada di atas takhtanya. Pencapaian pertama Mursi untuk kepentingan Amerika dan untuk keselamatan puak Yahudi adalah gencatan senjata yang dilakukannya antara entity Yahudi dan kerajaan Hamas di Gaza. Ia adalah gencatan senjata yang benar-benar berlaku, hingga ke tahap di mana Hamas telah meletakkan para anggotanya dibatas sempadan antara mereka dan entity Yahudi,demi mengelak sebarang penyalahgunaan atau sebarang tembakan terhadap entity Yahudi! Amerika telah memuji apa yang dilakukan Mursi ini, dalam melaksanakan polisinya berhubung isu Gaza. Amerika juga menyokong Mursi di dalam isu resolusi perlembagaan yang berkaitan dengan imunitinya terhadap badan kehakiman. Pada waktu tersebut, jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland mempertahankan Presiden Mesir dengan berkata, “Presiden Mursi telah berbincang dengan badan kehakiman dan dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain di Mesir. Seperti yang saya katakan, saya fikir kita belum dapat tahu lagi apa keputusan yang akan terhasil, tetapi sikap Mursi di sini agak jauh dari sikap yang mengatakan setiap perkara hendaklah dilakukan mengikut caraku atau jangan dilakukan sedikit pun” (Agensi Berita Timur Tengah 27/11/2012). Nuland secara khusus menafikan kata-kata penunjuk perasaan, yang menyifatkan Presiden Mursi sebagai diktator atau Firaun baru Mesir, sebaliknya dia mempertahankan Mursi dan keputusan yang telah di ambil Mursi. Amerika juga menyokong Mursi berhubung resolusi kepimpinan di Mesir. Ia memecat beberapa komander tentera yang diketuai oleh Menteri Pertahanan dan juga Ketua Tentera, Hussein Tantawi dan Ketua Staf, Sami Annan, di mana Mursi mengeluarkan satu dekri perlembagaan terhadap hal ini dan Mursi tidak menghadapi sebarang tentangan yang ketara. Amerika juga menyokong Mursi dalam isu Perlembagaan di mana Nuland berkata, “Puan Clinton berbincang semasa lawatannya ke Kaherah dan dalam mesyuaratnya dengan Presiden Mursi mengenai kepentingan dikeluarkan satu perlembagaan yang melindungi semua hak warga Mesir” (Timur Tengah 27/11/2012). Pengaruh politik Amerika dalam pemerintahan Mursi dan penentang Mursi adalah sangat jelas. Oleh itu, Perlembagaan telah diterima pakai dengan lampu hijau daripada Amerika Syarikat, yang hanya merupakan salinan “yang disemak semula” daripada perlembagaan 1971 bekas rejim, selepas menjalankan satu referendum di mana hanya 32.9% mengundi - satu pertiga daripada orang-orang yang layak mengundi, manakala dua pertiga lagi memboikot. Hasil referendum itu adalah 63.8% daripada satu pertiga pengundi tadi, mengundi untuk menerimanya! Jadi kesimpulannya, majoriti rakyat tidak gembira dengan perlembagaan tersebut dan juga tidak gembira dengan presiden mahupun keputusan-keputusannya. Baca lg:-
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 16:11:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015