Sekadar sedikit info agar tiada kecelaruan pemahaman mengenai - TopicsExpress



          

Sekadar sedikit info agar tiada kecelaruan pemahaman mengenai insiden pada tamat perlawanan JDT vs Perak pada 18/01/14. Tiada istilah dikepung didalam stadium untuk penyokong Perak kerana apa yang berlaku ialah pihak keselamatan dan pengurusan stadium bertungkus lumus menyediakan laluan yang selamat untuk mereka pulang menaiki bas. Yang menjadi lewat ialah pihak kami perlu memastikan pemain JDT dan juga pemain Perak berlepas pulang terlebih dahulu sebelum dapat kami melepaskan penyokong Perak menaiki bas mereka. Ini adalah untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku kerana bagi kami, isu keselamatan lebih diutamakan. Kami percaya dalam puluhan ribu penyokong, pasti ada segelintir yang NAKAL dan kami cuba untuk menyediakan laluan selamat iaitu membolehkan bas para penyokong Perak melalui pintu masuk utama stadium. Dalam masa yang sama juga, pihak keselamatan stadium dan PDRM turut mengenal pasti dan membuat tangkapan ke atas individu yang mencetuskan perkara yang tidak sepatutnya. Kami dengan rendah hati memohon maaf sekali lagi kepada seluruh penyokong pelawat yang hadir atas kelewatan mereka pulang atas faktor keselamatan. Kami juga berharap agar tidak kerana minoriti yang sedikit menjejaskan majoriti. Kepada penyokong Johor juga turut dipinta agar tidak mempercayai akan khabar angin yang tidak betul atau yang ingin mengambil kesempatan memporakperandakan lagi hubungan antara negeri Johor dan Perak melalui laman media sosial khususnya. JOHOR DAN PERAK JUGA BERSAUDARA
Posted on: Sun, 19 Jan 2014 01:09:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015