Sekarang ini apa sahaja insiden atau perkara melibatkan umat Islam - TopicsExpress



          

Sekarang ini apa sahaja insiden atau perkara melibatkan umat Islam atau ugama Islam akan dinilai dan dikaji dulu oleh parti-parti politik dari sudut untung ruginya kepada parti masing-masing kalau disokong atau dibantah. Pada waktu yang sama parti-parti Melayu/Islam akan mendakwa bahawa mereka adalah pejuang Islam tulen yang memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam. Bilamana yang berhimpun di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya bukan ahli mana-mana parti politik dan mereka berkumpul dalam kapasiti seorang Muslim yang cintakan agamanya, mereka sebenarnya telah berjaya menyampaikan satu mesej penting iaitu: Zaman meletakkan harapan kepada parti-parti politik Islam/Melayu untuk memelihara kepentingan Melayu dan Islam sudah berakhir. Umat Islam tidak lagi yakin dengan parti-parti politik Melayu/Islam yang menggadaikan prinsip perjuangan demi keridhaan bangsa dan penganut ugama lain. Umat Islam juga tidak akan menerima parti-parti politik Melayu/Islam yang sudi berkompromi dan terlalu bertolak ansur dengan kepentingan bukan Islam tanpa rasa bersalah arau berdosa sedikitpun! Cukuplah selama ini umat Islam didodoikan dan diperdayakan oleh ilusi dan fatamorgana palsu kamu semua!!!
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 16:04:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015