Sekarang ni macam banyak sangat produk makanan tambahan - TopicsExpress



          

Sekarang ni macam banyak sangat produk makanan tambahan (supplement) yang dikatakan dapat mengubah sikap seseorang itu daripada negatif kepada positif. Daripada pemarah kepada penyabar, daripada pemalas kepada rajin sampai boleh bangun solat tahajjud, daripada kurang bijak kepada cerdik pandai. Mungkin juga kandungannya terdiri daripada makanan sunnah seperti kurma dan kismis. Ya, dengan izin Allah tiada yang mustahil. Cuma kadangkala musykil juga kerana promosi pengiklannya macam terlebih-lebih pula. Apapun semuanya bergantung kepada niat dan usaha sediri. Semuanya hanya perantaraan sahaja. Wallahualam. Apa komen anda?
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 13:17:03 +0000

Trending Topics




© 2015