[Sekilas pandang Piala FA] Johor Darul Takzim (JDT) ; 1- Faktor - TopicsExpress



          

[Sekilas pandang Piala FA] Johor Darul Takzim (JDT) ; 1- Faktor Pengalaman : Jelas, kebanyakan pemain JDT baru pertama kali beraksi di pentas Final kecuali Mat Yo dan Awe. Walaupun mereka biasa berhadapan dengan 30,000 orang penyokong di Larkin, namun suasanan di Bukit Jalil adalah 3 kali ganda berbeza selain ia turut dipenuhi oleh penyokong lawan. Dapat dilihat bahawa gerakan sesama pemain seakan statik manakala kadang-kadang dengan mudah memberikan bola kepada lawan. Apapun, kombinasi pemain yang sedia ada ini, dengan sedikit penambahbaikan di barisan pertahanan dan tengah, mampu menjanjikan sesuatu pada masa depan. 2- Faktor Taktikal : Apa yang merugikan buat JDT ialah terpaksa melakukan 3 pertukaran seawal 45 minit pertama akibat kecederaan masing-masing pangkal paha (Safee dan Andrezinho) dan buku lali (Safiq). Namun, keberadaan mereka dalam kesebelasan utama, kecuali Andre, mungkin memberikan impak minima kerana Safiq biasanya hanya bermain 5-10 minit dalam satu-satu perlawanan Liga Super manakala Safee pula kebiasaannya menggantikan Nunez pada penghujung saingan. Timbul juga persoalan mengapakah Fandi tidak memasukkan pemain yang benar-benar cergas 100%? Jika ada pemain JDT yang layak diberikan Audi Q7, orang itu ialah Al-Hafiz. Jika tidak, JDT boleh tewas dengan margin besar kerana barisan pertahanan jelas longgar sama sekali, ditambah dengan ketiadaan Aidil. Selain Al-Hafiz, hanya Afiq saja yang mampu mempamerkan persembahan baik sepanjang 90 minit. Mungkin perasaan gemuruh sebegini sudah dapat dirasai pada tahun lepas ketika bersama Sime Darby FC juga dalam pentas Final Piala FA sekalipun tidak beraksi akibat penggantungan. Manakala Farid, Nazri dan Tharmini seakan hilang punca bagaimana mahu menangani Fakri yang sentiasa ‘melarikan diri’ ke hulu ke hilir dan Dickson dengan kekuatan fizikalnya. Safiq pula tidak menepati reputasi sebagai Ketua Pasukan Harimau Malaya. Tidak banyak bola menarik yang dihantar daripadanya manakala kesilapannya mengawal bola dimanfaatkan Piya untuk membolehkan Pa’an menjaringkan gol. Jasazrin selaku gandingannya juga nampak kekok di tengah, begitu juga dengan Ezrie dan Thanaraj. Sumbangan Andre sebelumnya pula terhad selama lebih kurang 30 minit. Hanya Awe yang ‘on-form’ sampai ke penghujung saingan. Safee pula tentunya pemain yang paling kecewa. 17 minit untuk aksi Final bagi seorang penyerang kebangsaan sudah tentu mengerikan namun tidak banyak yang mampu dirungkaikan. Jika pangkal paha bermasalah, macam mana nak sepak bola? Mat Yo masih konsisten namun kali ini dirantai dengan betul-betul rapi. Kekurangannya hanya satu semalam, pergerakannya yang mudah dibaca oleh bekas rakan sepasukan di TRW. Nunez pula tetap mengancam sekalipun ramai melihat berat badannya bermasalah. Di mana Zaquan? 3- Faktor Bintang : Tawaran Audi Q7 daripada TMJ boleh mengaburi mata sesiapa saja. Apa yang dilihat silap tentang tawaran ini ialah ia hanya untuk 2 orang pemain terbaik JDT saja (dengan syarat menang Piala FA). Keadaan ini boleh mencambahkan sikap individualistik dalam diri pemain terutamanya yang berstatus bintang untuk ‘deliver’ dalam persembahan mereka. Walaupun pada mulanya ia kelihatan ‘mengancam’ TRW, namun akhirnya ia ‘memerangkap diri’ apabila semangat berpasukan telah dibelakangkan. Sewajarnya, TMJ tawarkan kereta kepada setiap pemain jika menang. Tidak mampu Audi, ganti dengan Viva 850 cc pun jadi.
Posted on: Sun, 30 Jun 2013 04:54:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015