Selamat Pagi! Biasakan ucap terima kasih kepada mereka yang - TopicsExpress



          

Selamat Pagi! Biasakan ucap terima kasih kepada mereka yang patut di hargai. Kekadang saya lihat, kita lalu membayar tol pun jarang mengucapkan terima kasih. Sedangkan insan yang menjaga tol itu bersusah payah bekerja untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Baru-baru ini terdapat isu air. Ramai yang "complaint" itu dan ini, ada yang cakap di sengajalah, sabotaj, politik dan sebagainya. Tetapi selepas masalah selesai, ada kita ucapkan terima kasih kepada pihak syabas yang bertungkus lumus membersihkan segala yang tercemar. Kita kena ingat, apa yang kita beri adalah apa yang kita menerima. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima. Ianya bukan tertakluk kepada wang ringgit tetapi di dalam pelbagai aspek. Sama juga apabila lebih banyak kita hargai orang, lagi banyak kita di hargai. Apabila ada orang mengatakan kita hanya buat duit dengan Seminar, sedangkan niat kita bertungkus lumus untuk melihat lebih ramai orang berjaya, maka biarlah kata-kata mereka. Mereka tidak faham apabila kita ikhlas membantu lebih ramai orang berjaya, maka insyaAllah lebih banyak kejayaan hadir pada kita. Terima kasih buat para mentor yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Terima kasih buat para mursyid dan ustaz-ustaz yang memberi tunjuk ajar. Terima kasih buat anda yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih kerana sudi menjadi kenalan saya. Terima kasih kepada pembeli produk dan peserta program. Terima kasih kerana menggunakan sebaik-baiknya ilmu. Terima kasih kepada anda yang sudi membaca post saya. Terima kasih semua. Saya doakan semoga anda lebih kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 01:25:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015