Semakin sengit setiap percaturan. Semakin hangat - TopicsExpress



          

Semakin sengit setiap percaturan. Semakin hangat perbicaraan.. Semakin panas dibakar api cemburu.. dan Semakin tenggelam sifat kemanusiaan.. Kerana Penting diri dan Mempermainkan diantara satu sama lain. Kuasa bayangan menjadi Ejekan sesiapa yg mendengarnya.. Kuasa Minda Berfikir dianggap Hangat2 Taik Ayam.. dan Lahirlah persepsi dimana Kepercayaan dan Keyakinan mula hilang lama kelamaan lenyap begitu saja. Takut akan Kerugian andai melakukan sesuatu tanpa diSokong.. Takut akan Ditindas apabila cuba diberi pendapat.. dan Akhirnya sukar utk Mendapat Iktibar daripada Setiap unsur2 kelebihan yg ada pada Hakikat yg Benar dan Nyata. Cekal pada apa yg diimpikan tanpa Peduli apa jua halangan.. Cekal pada tekanan yg dihadapi demi Memperolehi hasilnya.. dan Amanah kepada diri sendiri menjadi suatu penyebab dimana ia telah menentukan bahawa Saya seorang yg bertanggungjawab atau disebaliknya.. (LUAHAN PADA ISI HATI) Motivasi diri Harus ada titik permulaan dan pengakhirnya. Bukan dijadikan sebagai Kebanggaan agar Orang memandang tinggi dan Percaya saja.. Keegoan Mesti stabil pembahagiannya agar Ketakburan tidakkan berlaku. Ibarat bila saya sedang mengatakan sesuatu..maka haruslah juga saya merealisasikannya demi bukti seperti yg kita harapkan agar kesannya menjadi kepercayaan pada orang yg berada disampingku.. Tidak perlu tunjuk kelebihan dan kemampuan serta kebaikan itu. Hanya perlu Kuatkan semangat dan Jati diri agar tidak hanyut dibawa arus Pemikiran orang lain yg telah menjadi sifat semulajadinya untuk diturutkan keinginannya. Pertahankan Impian dan Pilihan diri sendiri dahulu.. Segala kritikan atau cakap belakang orang jadikannya sebagai Peringatan dan Pengajaran pada diri..Tidak ada ruginya seseorang itu andai dia lebih Mendengar.. Kerana seorang yg Menjadi Pendengar yg baik adalah seorang yg Melakukan sesuatu dgn Adil dan Tulus Ikhlas.. Meskipun sukar dilihat. Namun itulah kuasa tuhan.. Sentiasa menguji Kita.. Agar kita lebih memahami Asam Garam kehidupan dan Bukan hanya Matang saja... Kesilapan diri yg ada harus diperbaiki terlebih dahulu.. Kelemahan diri harus dibendung agar tidak terlihat oleh Orang2 yg sentiasa menanti saat2 kamu ingin dijatuhkan.. dan Belajar lah utk Mengenali erti Sabar.. Pasti lebih mudah kita mencari jawapan dan jalan penyelesaian dalam setiap satu permasalahan yg Berlaku.. Bukan dunia yg tidak adil. Bukan juga kerana Orang2 disekelilingmu yg menjadi penyebab setiap Kejadian pada diri kita..tetapi kerana keputusan yg telah kita pilih utk menentukan apakah hasilnya.. Renungan kita bersama dan sekadar berkongsi isi hati..
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 17:04:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015