Semalam 8/9/13, matahari memang tegak di atas kepala. Langit - TopicsExpress



          

Semalam 8/9/13, matahari memang tegak di atas kepala. Langit tidak berawan. Teriknya hingga menyilau mata. Sesiapa yang tidak tahan harus sakit kepala. Bas yang kami hendak naiki itu sudah berada di hadapan Hotel Ancasa, Kuala Lumpur. Enjinnya hidup tetapi pemandunya tidak kelihatan di tempat duduk pemandu. Terdapat sebuah bas ekspres di hadapan bas yang hendak kami naiki itu. “Bas ni jalan pukul 12.45 tengah hari,” kataku. “Macam mana bonda tahu,” tanya Noor Aisya. “Sebab, sekarang ni baru pukul 12.45 tengah hari,” jelasku. Oleh sebab tidak tahan dengan panahan matahari yang memeritkan kulit, kami ke hujung teduhan. Baru kuternampak pemandu bas itu seorang perempuan, yang berusia dalam lingkungan awal empat puluhan, yang kukenal itu sedang berbual mesra dengan lelaki yang kuanggap sebagai kekasihnya di tempat duduk belakang. Aku kata begitu, kerana aku sering melihat mereka bergurau senda. Timbul juga soalan di benak hatiku, lelaki itu tidak bekerjakah? BERHENTI dahululah, biar pembaca menebak kisah selanjutnya. Terima kasih kepada semua yang menyukai cerita ini. 9913tpy
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 23:38:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015