Semalam ingatkan ade orang prank kata harga minyak naik 20sen sbb - TopicsExpress



          

Semalam ingatkan ade orang prank kata harga minyak naik 20sen sbb xde berita rasmi lagi, dengan confident call wife dan cakap ramai org kene prank sbb beratur panjang isi minyak, tgk2 member bagitau dah keluar berita dan confirm naik harga. Adoi....diri sendiri yg kene prank -.- Time tu terus decide nak beratur untuk isi minyak, tapi sebelum beratur tu keluar calculator dulu, kira2 berapa boleh jimat kalau isi full tank sebelum dan selepas harga naik. Hasilnya saya akan jimat RM10.52 bila isi full tank RM100 diesel sebelum harga naik, dan minyak tu boleh tahan 7-10hari, bersamaan jimat RM1-RM1.50 sehari untuk seminggu+ pertama. Dalam 2 saat melihat angka yg sy bakal jimat ni, terus tak jadi nak beratur walaupun bahagian diesel tu tak ramai. Rasa tak berbaloi habiskan masa 30min-1jam(mungkin) beratur sbb sy bukan ada tangki extra yg boleh tampung penjimatan sampai 1bulan. Baik balik rumah spend time dgn family dan ada masa extra tu untuk fikir camana nak kembangkan business utk menjalani hidup yg selesa walaupun semua harga barang naik. Belajarlah dari sejarah; Harga barang akan sentiasa naik, ia dah terbukti sekian lamanya dari zaman nenek moyang kita. Terima hakikat ni dan move on secepatnya supaya anda ada lebih masa untuk fikir mcm mana nak mendahului masalah ni berbanding anda bazir masa menerangkan semua masalah anda tentang minyak dan harga barang di FB. Duit yang hilang/kurang boleh dicari dan dikembangkan, Masa yang hilang/kurang tak boleh dicari dan di"kembang"kan.
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 02:10:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015