Semalam jamuan merdekaraya di HQJB. VIP ialah ibu CEO dan - TopicsExpress



          

Semalam jamuan merdekaraya di HQJB. VIP ialah ibu CEO dan ANAK-ANAK YATIM. Ya, anak-anak yatim adalah VIP kami. Mereka semeja dengan ibu CEO. Diberikan layanan VIP. Sebagai perbandingan, ibu CEO, ANAK-ANAK YATIM, diberi layanan 1st class. Kami tuangkan air minuman kepada mereka, makan dalam pinggan, nak apa sahaja kami akan bawakan. Semua staff dan KETUA-KETUA JABATAN (HOD) makan dengan bekas polisterin sahaja. Itulah cara kami raikan anak yatim. Mereka benar-benar diraikan. Setiap seorang dapat 10 duit raya, sebab ada 10 jabatan di HQ. Ketua team kami kata: Kita kena beri layanan 1st class kepada anak yatim, majlis ini untuk raikan mereka. Jangan biarkan mereka beratur ambil makanan. :)
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 00:27:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015