Semalam ke Healesville Sanctuary.. Sejam setengah perjalanan dari - TopicsExpress



          

Semalam ke Healesville Sanctuary.. Sejam setengah perjalanan dari Melbourne. Persekitarannya natural. Uniknya platypus lebih dari seekor disini, koala yang lebih banyak tetapi kanggaru kena extra charge kalau nak bagi makan n belai. Yang lebih unik, ada wildlife hospital. Di dalamnya ada lab untuk diagnos penyakit, ada operation theater untuk pembedahan, ada emergency room untuk kecemasan, juga wad untuk memantau kesihatan pesakit yang tidak berdosa ini.. Kalau tak silap, datang hari bekerja lebih unik lagi sebab boleh tengok para veterinar bekerja secara live. Kalau silap, pun tidak mengapa.. Kerana saya dapat meraskan betapa menariknya bekerja di Wildlife Hospital. Pendedahan yang menarik lengkap dengan illustrasi yang terjangkau difikiran. Kalau anak-anak pencinta haiwan, mungkin veterinar akan jadi salah satu cita-cita mereka sedari kecil lagi. Maaf gambar tiada. Memory card full. InsyaAllah pergi kali kedua akan ada gambarnya. Annual pass 15bulan untuk 3 zoo di Victoria. Zoo/sanctuary/safari/wildlife trip ke8 untuk Iffah Huriyya..
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 03:24:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015