Semalam, start pukul 10 lebih, aku menonton cerita lakonan Stephen - TopicsExpress



          

Semalam, start pukul 10 lebih, aku menonton cerita lakonan Stephen Chow. Cina Tok Pek ni, memang feberet akulah. Aku suka lawak sempoi dan perangai gila2 beliau. Memang gelak tak ingat kalau tengok. Yang tak boleh blahnya, mamat ni selalu cakap dia lelaki hensem! Yes, bagiku, dia memang hensem pun. Dia cukup sifat dan pakej. CUMA... Aku tak suka dengan lawak tak senonoh beliau. Huhu. Malu terkadang dengan lawak kurang cerdik macam tu. Eh kejap, aku bukannya nak cerita pasal Mamat Tok Pek ni lah... See, dah melalut pulak. OUT OF TOPIK! Baiklah, aku pusing balik dan kembali ke jalan cerita yang aku nak kongsi sangat ni. Hrm, dekat rumah ni, aku sebilik dengan minah India, non-muslim. Dia punya kuat agama tu, siap dengan gambar tuhan gajah dengan pelita, loceng dan semua kelengkapan sembahyang dia, bersusun kat atas meja study. Bayangkan... huhu. Nasib baik dia jenis tak guna colok. Kalau tak, abih baju kurung dan muslimah aku, melekat dengan bau2 tu. Jadinya, seperti selalu, dia akan buat apa yang dia nak dan aku tak endah malah aku selalu sibukkan diri aku ni dengan kerja aku. Tengok cerita ke, wat esaimen yang tak penah nak habis tu ke... Tiba satu detik dan ketika semalam, dia tanya kat aku, akan sesuatu benda. Opps, lupa nak bagitau. Kami selalu berdiskusi, pasal agama kami. Islam vs BUddha! Bella, kamu tahukan, arak ni memabukkan. Tapi sebenarnya, arak ni kegunaan dia, dapat memanaskan dalaman badan. Muslim, tak minum arakkan? tanyanya. Aku yang lepak meniarap kat lantai mozek ni, terus tersenyum manis dan sdikit sinis. Dalam hati, dia ni selalu tanya aku soalan2 psiko macam ni. Tarik masuk Islam baru tau! Yes, sebab arak memabukkanlah, kami orang Islam tak minum. Tapikan, dia memabukkan sebab diminum melebihi. Kalau minum sikit je, tak mabuklah. Jadi, minum sikit pun, tak boleh jugak ke? tanyanya lagi. Aku terus tarik nafas dalam2 dan cuba memahami cara pemikiran beliau. Untuk lebih yakin, aku betulkan duduk dan bersila. KMplayer, aku pause dulu... Dalam Islam, ada larangan supaya jangan mendekati sesuatu perkara yang macam tu. Contohnya minum arak. Islam memang dah tau dah, arak ni kalau diminum secawan, mesti nak tambah kedua cawan? Lepas tu, tambah lagi. Tambah lagi. Jadinya, memang ke arah kemabukkanlah bila semua tu terjadi kan? So, untuk elak dari terus berlaku macam tu, itu yang Islam GAP kan TERUS dan haramkan arak. Sebab benda tak baik ni, kita akan selalu nak buat... Tapikan... dia punya soalan ni, memang banyak tapi daaa... Ye?? Tapikan, mostly orang negara 4 musim, dia minum arak kenapa tau, sebab mereka nak kena panaskan badan dari kesejukan. Itu yang mereka minum arak tu. Erm, saya cuma nak tanya je, kalau Muslim, mereka buat macam mana? Yelah, tak minum, macam mana mereka nak panaskan badan??? tanya minah aci ni. Nampak wajah kejujuran dan ketulusan hati dia, bertanya kerana ingin tahu. Mujurlah soalan dia ni, agak senang. Hmm, dalam dunia ni, memang akan ada satu benda yang sama sifatnya malah kadang tu, lagi baik dari itu. Contohnya, nak panaskan badan, tak semestinya dengan meminum arak? kenapa nak rosakkan bahagian dalam, semata2, kononnya nak selamatkan keadaan?? So, kami muslim, kalau nak panaskan badan, kami akan makan daging lembu dan kambing bakar ke, minum sup dan kopi panas, makan hidangan makanan berempah... See, kan banyak benda yang dapat memanaskan badan selain dari arak? dijamin selamat pulak tu... jawabku. Aci tu terus tundukkan kepala. Diam seketika. Mungkin dia terfikirkan sesuatu kot... Erm, nira, Muslim minum tak?? Yes, minum je. Sangat sedap! eh tapi, saya tak penah minum pun sbb saya tak suka manis2. Tapi, mak saya cakap, memang sedaplah... Tapi nira tu, bukan memabukkan ke? Takdelah. Nira yang awal2 buatannya tu, tak haram. Tapi, bila dia dah berasid, ada kick, dan macam basi terlampau barulah haram. Sama jugak macam tapai. Tau tapai, kan? Tapai ni, selagi dia tak bertukar kepada rasa2 tu, masih boleh dimakan... Ohh, erm, dekat Arab, hukuman dia memang dahsyat kan?? kalau mencuri kena potong tangan. Tengok isteri orang pun, kena hukuman kan?? tanyanya lagi. Aku yang baru nak habiskan cerita L.O.T.D ni, dah mula garu belakang kepala. Dalam hati, aci ni bila nak tidur ni. Aku dah malas nak buat muka hipokrit, konon suka bersoal dengan dia ni... Ye, memang mencuri kena potong tangan tapi kalau tengok isteri orang tu, saya taktaulah pulak kena pape hukuman... Isk, sakitlah potong tangan. Habis macam mana kalau orang yang mencuri tu sebenarnya ada sebab?? dia mencuri kerana dia nak makan? sebab nak tolong keluarga?? soalan dia ni memanglah agak menimbulkan kontroversi. Tapi, aku kena COOL. Dia tanya, sebab dia TAK TAHU. Aku kena bagitahulah! Sebenarnya, dalam Islam, hukuman tu dibuat demi membendung gejala tu dari terus berlaku. Jika buat macam tu, semua akan takut sekaligus mencegah dari perbuatan menganiaya orang lain. Kita, dengar potong tangan, macam kesian pulak kan? abis, yang dia mencuri barang orang tu, dah kenapa? DAN... Islam ni, takdelah, tahu orang tu mencuri, terus potong tangan, tanpa melihat kepada kadar kecurian yang dilakukan? TAK... Islam bukan macam tu. Kami akan siasat dulu, mesti ada saksi, siasatan pulak mesti terperinci... SEBAB, jika tersalah menjatuhkan hukuman, orang tu akan diseksa, lagi teruk dekat Akhirat kelak. Jadi, kalau dah memang orang tu wat salah, mencuri, kadarnya memang sesuai dikenakan hukuman potong, maka potonglah. Potong tu pulak, bukannya potong aje mcm tu. Dengan cara yang ringan... dan jugak, bukannya potong kesemua dari bahu ke bawah. Pergelangan je ke, dr siku je ke... Tapi, orang yang buat salah ni, kalau diberi peluang mereka akan jadi lebih baik, tau? Hmm, mungkin? Kita hidup dalam bermasyarakat ni, mesti akan pandang serong jugak dengan dorang kan? Masyarakat yang tak bagi peluang dekat dia, nak berubah. Itu yang mereka cakap, dari berubah, baik mereka jadi terus jahat... katanya. Yang ini, aku terblank. Karang kalau aku jawab, Itulah kesan dan akibat dari kesalahan yang dia lakukan. Ingat senang ke nak balut balik luka kesalahan yang dia dah buat ke atas orang lain, dengan mintak maaf, senang2 mcm tu?... takut mendesingkan telinganya. Aku pun iyakan je. Manusia, memang macam tu. Bagi kes mencuri makanan, hukuman dia takdelah sampai kena potong tangan terus tanpa mengambilkira sudut yang lain. Islam ni, ada kewajipan alias peruntukan supaya mengeluarkan zakat. Jadi, orang yang susah, wajib dbantu. Zakat, akan diberikan... jawabku umum. Tpkan, aku xrasa yang jawapan aku ni, benar2 tuntas dan bernas! SEBAB, aku lack of Islamic knowlegde?! Huhu. Ilmu PSI dan PQS, 6 tahun dulu aku guna untuk jawab soalan psiko beliau? Mak... sedihnya aku! Nak terangkan pun, aku sendiri tak kecukupan ilmu ni! Kalau membunuh, apa hukuman??... Ya Allah, tak habis lagi ke soalannya?? aku nak tengok cerita ni!!!! Ye??? membunuh? erm, bunuh baliklah! Kalau dia buat kesalahan membunuh, orang yang membunuh tu akan dikenakan hukuman bunuh jugak... Tapikan, macam mana kalau orang tu, diupah untuk membunuh, jadi dia bunuhlah... Dah kenapa dia pilih nak kerja sebagai pembunuh upahan? kerja lain kan byak lagi?? Takdelah, dia tersepit. Kalau dia tak bunuh, mungkin keluarga dia akan dibunuh ke? apa ke? Hmm, nasiblah. Memang kena bunuh jugak... Habis, orang yang mengupah tu?? tak kena hukuman?? Kalau si upahan tu bagitahu siapa yang upah dia, orang tu pun kena hukum sama. Subahat. Sebab dia memang niat nak bunuh orang tu. Itu dinamakan Bunuh dengan niat. Dlm bidang law, sabit kesalahan 302 kanun keseksaan. Dalam Islam, ada bunuh tanpa niat, bunuh dengan niat... Tapi orang upahan tu tak niat pun nak bunuh?? orang yang suruh tu yang berniat?? tanyanya. Aku dah mula garu kepala. SATU, sebab aku dah mengantuk. DUA, aku nak habiskan sikit je lagi cerita cina ni... DAN KETIGA, Bagiku, dia tak faham konsep NIAT lah! Kalau upahan tu tak niat, macam mana dia nak membunuh?? mesti dia niat jugaklah. Contohnya, aku nak bunuh orang ni!. Orang ni, habislah kau! Eh, inilah makhluk asing yang aku nak kena bunuh tu?? You die!... Niat ni, benda yang TIK kat dalam hati. Itulah niat. Jadi, kalau bunuh, kena balas dengan bunuh balik. Kalau x, ada yang tak puas hati. DAN, orang yang suruh tu pun, kena jugak. Isk, kalau kena dekat kita pun, satu femeli dia kita nak hapuskan, kan? Jadi, nak balance, buatlah macam tu... Ohh... Hukuman gantung?? Erm, tapi saya prefer pancung kepala. Tak sakit. Gantung, seksa. Lidah terjelir sampai ke dada. Kalau pancung, dalam masa sesaat je... Macam ngeri kan?? Terpulang. Mati perlahan-lahan, lebih seksa dari mati dalam sekelip mata...
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 03:27:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015