Sepanjang kita mengandung, ada tak orang-orang tua beri petua? - TopicsExpress



          

Sepanjang kita mengandung, ada tak orang-orang tua beri petua? Macam saya, ada terdengar mengenai menanam Uri atau tembuni. Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Cara menguruskan uri 1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim. 2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo. 3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci) 4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih. 5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) 6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.*** 7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut. ***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti atau 8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut. 9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti 10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus. 11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid. 12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. 13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 01:44:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015