Seramai 23 orang petani yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang - TopicsExpress



          

Seramai 23 orang petani yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Tumpat, membuat laporan polis terhadap Pengerusi JKKKP Bendang Pak Yong. Laporan itu dibuat oleh seorang wakil petani Mat Daud Mat Ail, terhadap Pengerusi JKKKP itu kerana tidak mahu ‘mengecop’ serta menandatangani borang pendaftaran pesawah terhadap petani berkenaan. Alasan yang diberikan Pengerusi JKKKP itu beliau belum menerima arahan dari pihak atasan berhubung urusan cop borang pendaftaran pesawah. Dengan tindakan terhadap petani yang juga penyokong Pakatan Rakyat berkenaan, mereka tidak akan mendapat kemudahan insentif subsidi dari pihak kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang.
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 01:03:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015