Sering kedengaran banyak rungutan daripada kalangan guru-guru di - TopicsExpress



          

Sering kedengaran banyak rungutan daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban dengan bebanan tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang. Ada juga kedengaran di mana kerajaan Malaysia ada memandang serius dengan dengan permasalahan yang melanda dikalangan guru Malaysia, sehingga tertubuhnya jawatankuasa khas dengan tujuan “murni” bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia. Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa tersebut pada tahun 2010 sehingga sekarang sudah melepasi pertengahan tahun 2013, masalah bebanan tugas guru masih lagi belum berjaya diselesaikan. Dimanakah janji Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah ini sebaik saja beliau menjawat Menteri Pelajaran pada sekitar tahun 2008. Malah, belum lagi selesai masalah beban tugas guru sebelum ini datang pula beban tugas yang lain pula apabila kalangan guru merasakan sejak akhir-akhir ini mereka dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jikalau sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, sekarang macam-macam seperti SAPS, SPPBS . Itu aduan dan luahan kalangan guru di Malaysia Aduan Guru : Senarai Tugas Guru Malaysia Sekarang? Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi. Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan. Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’ Guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi. Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi. Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif? Pendapat saya, seeloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru. Saya merasakan adalah lebih baik daripada menghadap sistem yang tidak sistematik dan membazir masa termasuklah melaksanakan sistem yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang kepada memberikan ruang masa untuk kalangan guru menfokus meningkatkan cara pengajaran dan teknik pembelajaran bagi menghasilkan kalangan pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani. Teknik pembelajaran dipelbagaikan untuk para pelajar bukan hanya menggunapakai kaedah konvensional lagi : Kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru bukannya kerani. Hakikatnya, lebih baik jika guru yang diambil utnuk mendidik anak bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan mengajar,kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 03:31:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015