Sesiapa yang pernah menemuduga lepasan universiti tempatan bagi - TopicsExpress



          

Sesiapa yang pernah menemuduga lepasan universiti tempatan bagi mengisi jawatan yang memerlukan kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris, pasti tahu betapa lemahnya penguasaan sebahagian besar calon Melayu dalam bahasa kedua itu walaupun keputusan dalam subjek lain agak cemerlang. Hakikat bahawa tahap pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan generasi hari ini semakin menurun walaupun pelbagai kaedah dan penekanan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, memang diakui semua pihak. Malah, masalah menguasai bahasa Inggeris dengan baik turut dikesan dalam kalangan penjawat awam yang terbabit dalam rundingan bagi menjaga kepentingan negara di peringkat antarabangsa. - Ikuti rencana penuh dalam BH hari ini
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 22:41:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015