Setelah perbincangan dengan Pengerusi DPMZ dan Penasihat, kata - TopicsExpress



          

Setelah perbincangan dengan Pengerusi DPMZ dan Penasihat, kata putus yang dicapai ialah KMZ tidak dapat menggunakan ZMSH atas dasar menjaga kemaslahatan persatuan DPM. KMZ selaku sebuah entiti yang meraikan perkembangan ilmu dan kepimpinan pelajar menghormati keputusan pihak DPMZ dan terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Mereka mungkin tidak membenarkan kita menggunakan Dewan tetapi ini kata mereka: Setelah mendengar semua penjelasan dari pihak enta, kami kini faham apa yang cuba diperjuangkan oleh KMZ dan sangat meraikannya. Ianya sangat - sangat membina dan sangat - sangat baik. Kami menyokong perjuangan anda dan merasakan ini satu bentuk anjakan paradigma yang sangat hebat. Kita mungkin tidak dapat membenarkan anda untuk menggunakan dewan atas isu kemaslahatan namun usaha KMZ untuk menjadikan mahasiswa Zagazig lebih celik dari sudut intelektual sanga kami raikan. Mereka juga ada menyatakan kesudian untuk hadir ke Halaqah kita kiranya berkelapangan pada masa hadapan. Jadi di sini boleh kita simpulkan, venue bukan isu yang besar buat kita. Yang penting ialah kita tidak disalah fahami sebagai satu anasir pemecahbelah. Mereka menghormati usaha kita dan meraikannya dan insyaAllah akan ada penglibatan dari kalangan pelajar Azhari di masa hadapan. Sekalipun tidak menang dalam usaha mencapatkan dewan, kita menang dalam usaha membuktikan bahawa usaha kita bukan semata - mata untuk kelab atau persatuan tetapi usaha kita adalah untuk membuka mata dan minda mahasiswa di Zagazig ini. Kami percaya ini satu perancangan dari Allah yang akan membawa kepada lebih banyak ruang dan peluang untuk berkongsi di masa hadapan~ Mohon doa rakan2 sekalian agar perkongisan kita akan terus diraikan dan dapat membantu lebih ramai mahasiswa kita~ p/s : terima kasih ustaz Anas dan ustaz Nasuha sebab sudi luangkan masa mendengar hujah dan pembentangan kami~
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 22:55:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015