Siapakah yangakan kurang senang jika orang Melayu dan Islam sedia - TopicsExpress



          

Siapakah yangakan kurang senang jika orang Melayu dan Islam sedia hidup bermuafakat dan saling menghormati serta menghargaikemampuan, kecekapan dan kemahiran masing-masing? Sudah tentu musuh Melayu dan Islam. Soalnya, siapakah mereka? Ada beberapa perspektif yang harus diambil kira sebelum menjawab persoalan ini. Golongan yang memusuhiMelayu dan Islam tentunya mempunyai banyak motif. Namun motif yang paling jelas ialah mereka amat takut pada senario Melayu dan Islam bersatu dan boleh bekerjasama menangani masalah ekonomi, politik dan sosialmereka. Kebergantungan Melayu dan Muslim terhadap pihak dan penganut agama lain tentuakan berkurangan. Melayu danIslam akan berkuasajika bersatu Ini kerana jika Melayu dan Islam berpadu golongan ini akan kehilangan peluang ekonomi yang besar. Jika tiada sempadan politik di dalam kegiatan ekonomi, tentu umat Islam Melayudi Malaysiaakan menjadi entiti ekonomi yang besar. Jika fokus Melayu ialah menunjangi usaha membangun ekonomi dan sosial mereka berlandaskan Islam, makajalan penyelesaian terhadap hambatan ekonomi yang dikuasai oleh bukan Melayu akan dapat segeradileraikan. Perihal bukan Melayu dan bukan Islam keberatan menerima hakikat bahawa Melayu dan Islam boleh berpadu ini dalam beberapa hal boleh dianggaplumrah dan dibina melalui prejudis menurut pengalamansejarahmereka. Bagaimanapun cabaran paling besar kepada perpaduan dan penyatuan aset tenaga kerja dan cendekiawan Melayu-Islam ialah yangdatang dari kalanganorang Melayu yang mengaku dirinya Islam. Contohpaling jelas ialah, ada Melayu yang tidak pernah mengangkat Islam sebagai dasar perjuangan hidupnya tiba-tiba tidak dapat membendung rasakecewa dan marahnya pada kenyataan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya bersedia berdialog dengan Umno pada bila-bila masa. Malah Hadi dituduh meroyan. "Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib? Tahukah Hadidi mana Najibsekarang," tulis sosialis Hishamudin Rais dalam laman mikro Twitter. Hishamuddin perli PAS Hishamudin seolah-olah memperliPAS kerana mahu membuka pintu dialog dengan Umno. Soalnya, mengapakah Hishamudin perlu kurangsenang jika PAS dan Umno mahu berdialog mengenai isu orang Melayu dan Islam? Haji Abdul Hadi Sabtu lalu dilaporkansebagai berkata, PAS sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa. Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarahmembuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh beradabersama diatas satu pentas. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernahbersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. Titik pertemuan ketika ituialah untuk menzahirkan solidariti umat Muslim Malaysia menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin. "Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya. Kesediaan Hadi membawa PAS ke arahkerjasama denganUmno Haji Abdul Hadi berkata, jikaperbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulamadan qiyas. "PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Tan SriMuhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama di antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu sertaumat Islam di negara ini bukan perkaramustahil. Apakah Hishamudin yang terkenal dengan sikap “anti-establishment”nya itu khuatir bahawa beliau dan golongan yang sepemikiran dengannyaakan menjadi tidak relevan jika umat Melayu Islam di Malaysia berpadu? Jika sudah memasuki usia enam-puluhan jiwa dan rasa kasih pada umat Melayu Islamnya masih berbaur dengan kefahaman liberalisme barat, adalah dibimbangi aliran pemikiransebegini boleh meracuni usaha menyatupadukan umat Melayu-Islam; sampai bila-bila.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 05:55:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015